
Autogate Sg Buloh – Fix Autogate Not Working On The Spot
08/02/2025
DEA Livi Sliding Autogate Repair For House In Damansara
11/02/2025Pasang Autogate Baru Untuk Gantikan Legate System Anda
Sejak kebelakangan ini, kami menerima banyak permintaan daripada pelanggan yang ingin membaiki sistem autogate Legate mereka. Walaupun kami sangat memahami keinginan pelanggan untuk membaiki sistem autogate mereka yang lama, kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak dapat membantu dalam hal ini. Malangnya, komponen atau spare parts untuk sistem Legate kini tidak lagi tersedia di pasaran. Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan komponen daripada kilang pengeluar mereka, tetapi malangnya kami gagal untuk mendapatkannya. Oleh itu, kami tidak dapat meneruskan kerja pembaikan bagi sistem autogate Legate tersebut. Kami ingin mengelakkan sebarang kesulitan dan kekecewaan pada pelanggan, oleh itu kami cadangkan alternatif lain.
Sebagai solusi, kami mencadangkan pemasangan autogate baru yang lebih moden dan boleh diharap, seperti Tronica 929 HD Arm Autogate System, yang lebih sesuai dan boleh menggantikan sistem Legate. Peralihan daripada sistem Legate ke sistem yang lebih baru memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam pemasangan. Kami memiliki pasukan yang terlatih dan berpengalaman dalam melaksanakan pemasangan autogate ini dengan sempurna dan berkesan. Dengan menggantikan sistem lama kepada yang lebih baru, anda akan mendapat bukan sahaja kemudahan, tetapi juga jaminan prestasi yang lebih baik dan lebih tahan lama untuk keselamatan dan keselesaan anda.

Legate Autogate Repair Puchong
Tiada Legate Spare Parts Untuk Dibaiki
Kami dihubungi customer daripada Puchong beberapa hari lepas untuk service repair legate system, seperti kami katakan tadi, kami terus terang tak boleh lakukannya. Jadi kami cadangkan Tronica arm autogate untuk pemasangan autogate baru, kami terang dengan detail produk, cara pasang dan after sales support. Tetapi customer beritahu dia ingin cuba baiki legate system terlebih dahulu dengan contractor autogate Puvhong yang lain. Melalui telefon mereka kata semua boleh buat, setelah sampai sana, mereka periksa legate motor sebelah telah rosak dan tak ada spare parts untuk membaikinya, lagi teruk mereka tidak ada pengalaman menggantikan legate system kepada sistem lain, oleh itu minta customer untuk bayar upah pemeriksaan yang dilakukan.
Itu yang customer hubungi kami semula hari ini untuk dapatkan Tronica 929 Arm Autogate System bagi menggantikan legate system tersebut. Kami mulakan kerja dengan mencabut komponen legate lama dan gantikan denga set baru Tronice Autogate System.

Install Tronica Autogate Puchong
Dapatkan Tronica Arm Autogate System
Anda juga memerlukan legate system solution? EE Automation ada penyelesaian terbaik untuk sistem legate anda. Dari pengalaman kami, legate autogate ini kalau nak tahan lama perlukan legate autogate service maintenance, kalau tidak ia cepat rosak. Setiap kali legate system maintenance dilakukan dibukannya percuma, setiap tahun boleh mencecah beratus ringgit. Pada kami memang tak berbaloi, banyak lagi sistem autogate yang boleh tahan lama tanpa maintenance salah satunya Tronica 929HD Arm Autogate System.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp juga, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.