
Autogate Puchong – Kami Ada Spare Parts Arm Autogate Mini DC Motor
27/08/2026Masalah Underground Autogate? Kami Masih Ada Spare Parts
Baru-baru ini kami dihubungi oleh seorang customer dari USJ Subang Jaya yang mengalami masalah dengan underground swing autogate jenama Victor di rumahnya. Customer beritahu yang dia dah hubungi beberapa autogate repairer sekitar USJ Subbang Jaya, tapi semua bagi jawapan sama – mereka tak buat servis untuk sistem underground autogate, dan tak ada spare parts yang sesuai. Customer pun jadi buntu, sebab tak tahu nak cari siapa lagi yang boleh bantu selesaikan masalah ni.
Nasib baik, di EE Automation kami memang ada pelbagai jenis spare parts, termasuk untuk sistem lama macam underground swing autogate. Kami masih simpan alat ganti untuk jenama yang masih digunakan seperti Victor, Mag, Good 1, Techno, Elock, DKC, CPT, X Gate, Powergates, Li Gates, Comex, Supermax, Radion, BCM, Baxter dan banyak lagi. Antara spare parts yang kami ada termasuk underground DC motor, gearbox, gear, stopper, lock, transformer dan juga control panel semua ready stock!

Underground Swing Autogate Services USJ
Underground Autogate Terlalu Lama Dan Rosak – Adakah Berbaloi Untuk Dibaiki?
Kami faham masih ramai yang pakai sistem underground ni sebab dulu memang popular, lebih-lebih lagi bila orang nak sistem autogate yang tak nampak motor dari luar. Tapi bila sistem dah lama dan selalu rosak, kos repair underground autogate jadi makin tinggi. Sebab tu kami bukan sahaja baiki, tapi juga akan beri cadangan terbaik ikut keadaan autogate anda. Bila kerosakan dah kritikal, kadang-kadang lebih baik tukar ke sistem baru daripada terus habiskan duit repair yang tak tahan lama.
Untuk kes customer dari Subang Haya ni, selepas kami explain keadaan sistem underground dia dan pilihan yang ada, customer sendiri yang buat keputusan untuk tukar terus ke sistem baru yang lebih moden dan mudah dijaga. Kami cadangkan Tronica®-727 Swing Arm Autogate System, yang memang dah terbukti tahan lama, dan tak ada masalah kebocoran air seperti sistem underground. Tambahan pula, spare parts untuk Tronica memang mudah didapati, jadi kalau ada servis di masa akan datang pun tak susah.
Sekarang, rumah customer tu dah pun guna sistem Tronica dan semuanya berjalan lancar. Customer pun berpuas hati sebab dah tak perlu risau tentang gate tersekat, motor tenggelam air, atau susah nak cari spare parts. Jadi, kalau anda pun guna underground autogate lama, dan sering alami masalah, boleh mula pertimbang untuk tukar ke sistem lebih moden dan tahan lasak. Nak tahu lebih lanjut atau tengok sendiri demo? Jemput hubungi kami atau datang ke showroom autogate kami hari ini!

Pasang Tronica Autogate Baru USJ
Top Autogate Installer Di Selangor Dan KL
Apabila customer berasa yakin dengan service autogate kita, mereka akan terus confirm. Sebab itu kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua customer kami. Sebab itu setiap hari kami akan install Tronica® Autogate, tapi anda jangan risau, stok Tronica® Autogate System kami sentiasa ada, kami sentiasa tambah stok jadi bila-bila masa sahaja boleh pasang autogate untuk anda. Sama juga dengan autogate repair service, setiap kami banyak repair autogate yang bukan kami pasang dulu. Masalah autogate dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan berkesan. Hubungi kami untuk lebih info.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





