
Autogate Kelana Jaya – Stainless Steel Small Autogate Arm Problem
17/02/2025
Autogate Puchong – Dapatkan Kontraktor Autogate Dipercayai
19/02/2025Autogate Bandar Rimbayu – Sebelah Dnor 212 Arm Autogate Rosak
Kami menawarkan arm autogate jenis heavy duty yang sangat tahan lama dan sesuai untuk digunakan dengan pelbagai jenis sistem autogate, sama ada swing arm atau folding arm. Salah satu pilihan yang kami cadangkan adalah Tronica® 929 Arm Autogate, yang direka khas untuk menggantikan arm autogate lama yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik. Arm ini bukan sahaja kuat dan tahan lama, tetapi juga menawarkan prestasi yang stabil untuk memastikan autogate anda berfungsi dengan lancar dalam jangka masa yang panjang. Dengan penggantian arm autogate yang tepat, anda dapat memperbaiki sistem autogate dengan kos yang lebih rendah, tanpa perlu menggantikan keseluruhan unit autogate.
Bagi customer yang bimbang tentang keperluan untuk menggantikan komponen lain seperti motherboard autogate, anda tidak perlu risau. Jika autogate control board (motherboard) anda masih berfungsi dengan baik, ia boleh digunakan semula bersama arm autogate yang baru tanpa sebarang masalah. Anda juga tidak perlu risau sekiranya arm autogate jenama lain ingin digantikan dengan arm dari jenama yang berbeza. Meskipun reka bentuk dan rupa bentuk arm autogate tersebut mungkin berbeza, fungsi dan prestasinya akan tetap sama. Ini bermakna anda boleh menggantikan arm autogate dengan jenama lain asalkan spesifikasinya sesuai dan sistem autogate anda dapat beroperasi dengan baik. Kami pastikan setiap komponen yang digantikan memberikan prestasi yang optimum untuk memenuhi keperluan dan keselamatan rumah anda.
Kami Boleh Gantikan Arm Autogate Yang Rosak Sahaja
Seperti yang kami lakukan untuk customer di Bandar Rimbayu ini dimana arm autogate tidak berfungsi dengan baik, hanya buka separuh kemudian stuck, kadang-kadang langsung tak boleh buka hampir sebulan sebab katanya tengah cari bajet untuk pasang autogate baru sehinggalah kawannya cakap boleh sahaja tukar arm autogate tak perlu tukar full set, hubungi sahaja EE Automation
Melihat autogate arm yang customer gunakan, kami mempunyai autogate arm jenama yang sama dan kami juga syorkan Tronica® 929 arm autogate untuk digantikan dengan arm lama yang rosak. Setelah berfikir, customer telah memilih Tronica® 929 digantikan dengan arm autogate lama sebelah kananya yang telah rosak. Customer kami gembira kerana dapat mengatasi masalah mereka dengan kos yang lebih rendah, dan dapat autogate kembali berfungsi seperti sedia kala.

Swing Arm Autogate Repair Bandar Rimbayu
Servis Autogate Terbaik Di Selangor & KL
Kepada anda yang perlukan pemasangan Tronicaautogate, EE Automation adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Yang ada masalah autogate dan original autogate installer hilang, EE Automation juga boleh bantu selesaikan masalah autogate dengan mudah, cepat dan berkesan. Kami hanya berikan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah autogate anda.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp juga, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.