
Autogate Puchong – Dapatkan Kontraktor Autogate Dipercayai
19/02/2025
Servis Millie’s Arm Autogate Di Seri Kembangan
21/02/2025Autogate Ampang – Swing Auto Gate 1 Side Collapsed
Masalah pada bearing pintu pagar automatik, seperti bearing yang tercabut atau longgar, boleh memberi impak yang besar kepada fungsi keseluruhan sistem autogate anda. Apabila bearing tidak berfungsi dengan baik, pintu pagar tidak akan bergerak dengan lancar dan ini boleh menyebabkan ketinggian pintu pagar tidak sama, seperti sebelah kanan lebih tinggi berbanding sebelah kiri. Keadaan ini juga boleh menyebabkan pintu pagar swing tidak dapat tutup sepenuhnya atau lebih teruk lagi, sambungan antara bearing dan pintu pagar tercabut. Ini adalah tanda bahawa sistem autogate anda perlu dibaiki dengan segera. Jika masalah ini dibiarkan berlarutan, pintu pagar boleh jatuh sepenuhnya, ia bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan lebih besar, malah berisiko menimbulkan bahaya kepada pengguna atau merosakkan kenderaan yang berada berhampiran dengan pintu pagar tersebut.
Jika masalah bearing ini tidak ditangani segera, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada komponen lain, seperti arm autogate. Oleh itu, amat penting untuk anda bertindak segera dan membaiki masalah bearing autogate ini sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Kami di EE Automation menawarkan servis pembaikan yang cepat dan efisien untuk memastikan pintu pagar autogate anda berfungsi dengan baik dan selamat. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi lebih besar – hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan pembaikan atau pemasangan sistem baru yang lebih stabil dan selamat.

Swing Auto Gate Bearing Repair Ampang
It Is Because Gate Bearing Problem And Customer Don’t Take Serious
Seperti yang kami lakukan untuk customer di Ampang ini dimana swing auto gate sebelah kiri tiba-tiba sahaja jatuh sepenuhnya yang semasa membukanya, nasib baik tiada sesiapa yang berdekatan dengna pagar serta tiada kenderaan berada didepan pagar. Dari apa yang customer beritahu, beberapa hari lepas dia ada perasaan swing auto gate bergerak tiada lancar serta level pagar tidak sama, customer sangkakan ia bukanlah masalah serious dan membiarkan sahaja. Apabila masalah ini terjadi, customer ada hubungi original auto gate installer tapi mereka tak boleh tukar gate bearing dan customer ada juga cari kontraktor autogate Amoang yang lain tapi pun sama, mereka tak buat untuk tukar gate bearing. Akhirnya dapat hubungi kami EE Automation.
Kami membawa semua jenis saiz gate bearing dan jadi apabila sampai rumah customer kami hanya tinggal ambil saiz bearing yang bersesuai dan lakukan penggantian. Semasa melakukan testing, kami dapati autogate arm juga tidak berfungsi dengan baik, hanya buka separuh dan berhenti, kami syak motor arm autogate telah rosak akibat dari kejadian itu, kami tawarkan untuk gantikan satu unit arm autogate baru dengan Tronica® dan customer setuju dengannya. Customer senang hati apabila semua masalah autogate nya dapat diselesaikan dalam satu masa.

Auto Gate Specialist Ampang
Swing Auto Gate Repair Expert
Untuk proses menggantikan gate bearings memerlukan tenaga kerja dan kepakaran. Bearing lama yang bermasalah akan dibuang dan bearing gate yang baru akan dipasang. Ianya tidak mudah, tapi team kami yang mencukupi dan pengalaman dan kepakaran menjadikan ia lebih mudah.
Segeralah bertindak sekiranya anda dapati ada yang tidak kena dengan pintu pagar automatik. Kami akan anda untuk periksa apa masalah yang berlaku dan boleh gantikan bahagian autogate yang rosak.
Kami menawarkan perkhidmatan pasang autogate dan baiki autogate pelbagai model dan jenama autogate di seluruh Selangor & KL. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp juga, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.