
Autogate USJ – Bekal, Jual dan Pasang 1 Unit Arm Autogate
04/02/2026
Autogate Ampang – Kos Baiki Sliding Autogate Lama Tinggi
10/02/2026Underground Autogate Lama Rosak – Air Masuk Kena Gearbox
Kebanyakan masalah underground autogate sebenarnya berpunca daripada satu perkara yang sama, iaitu air masuk ke dalam sistem. Sebab motor dan gearbox underground autogate ditanam di bawah tanah, kita memang takkan sedar bila air sudah mula masuk. Selalunya hanya perasan bila autogate mula bermasalah, dan bila buka penutup underground autogate, barulah nampak bahagian dalam sudah penuh dengan air. Bila keadaan ini berlaku, air boleh merosakkan gearbox, DC motor atau kadang-kadang kedua-duanya sekali.
Bila underground autogate sudah dimasuki air, bergerakan akan mula terganggu. Autogate jadi perlahan, berbunyi kasar, sangkut atau langsung tak boleh buka dan tutup. Kalau dibiarkan lama, kerosakan akan jadi lebih serius dan kos pembaikan pun boleh jadi semakin tinggi. Walaupun ada kes yang masih boleh dibaiki, ia sangat bergantung kepada tahap kerosakan dan berapa lama air tersebut berada di dalam sistem.
Jika anda berdepan situasi seperti ini, ada dua pilihan utama yang boleh dipertimbangkan. Sama ada baiki underground autogate yang rosak, atau tukar kepada swing arm autogate yang dipasang di atas dan tidak berisiko dimasuki air. Sebelum buat keputusan, sebaiknya bandingkan kos baiki dengan kos pemasangan autogate baru serta fikirkan kegunaan untuk jangka masa panjang. Kadang-kadang tukar sistem baru lebih jimat dan kurang masalah di masa hadapan berbanding baiki berulang kali.

Underground Autogate Services USJ
Kos Baiki Tidak Berbaloi. Lebih Pasang Autogate Baru
Ada customer daripada USJ Subang Jaya yang menggunakan Elsema UK patern underground autogate system. Dari apa yang customer beritahu kami, underground autogate sebelah kiri beramsalah, pada mulanya hanya bergerak separuh jalan, kemudian terus rosak tak boleh buka. Jadi customer menghubungi untuk dapatkan penyelesaian. Dari gambar yang customer hantar memang nampal bahagian cover underground autogate leaking, mesti bahagian dalam penuh dengan air. Customer seperti tidak percaya, jadi dia telah buka underground autogate cover, memang betul penuh dengan air.
Kami terangkan pada customer jika ingin dibaiki boleh tapi kos menjadi sangat tinggi kerana underground autogate spare parts mahal dipasaran kerana produknya yang sudah limited dan jika hari ini baiki sebelah kiri, tidak lama selepas itu sebelah kanan juga boleh rosak. Bila-bila dikira-kira kos baiki lebih tinggi daripada pasang autogate baru.
Ataupun lebih berbaloi dengan pemasangan autogate baru dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan anda tidak perlu fikir dengan masalah autogate lagi. Keputusan customer tepat dengan memilih untuk pemasangan autogate baru menggunaan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogat System.

Install New Autogate Tronica USJ
Upgrade kepada Tronica® Arm Autogate System
Dulu kami banyak pasang underground autogate system untuk jenama Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Elsema, DCMax, AM Gate, Gatium, Elock. Ada customer kami yang masih menggunakan underground swing autogate system ini, kami ada spare parts underground autogate jika mereka memerlukan underground autogate services. Dan ada juga customer kami telah tukar kepada Tronica® Swing Arm Autogate System.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





