
Cari Autogate Lebih Kuat & Tahan? Ini Sebab Ramai Pilih Tronica®
02/02/2026
Underground Autogate Lama Rosak – Air Masuk Kena Gearbox
05/02/2026Bekal, Jual dan Pasang 1 Unit Arm Autogate
Hai semua. Gambar ini dihantar oleh customer dari USJ Subang Jaya yang sedang mencari arm autogate spare parts. Autogate arm yang digunakan oleh customer ini sebenarnya sudah agak lama dan model tersebut memang sudah tidak dikeluarkan lagi. Disebabkan itu, kami terpaksa maklumkan dengan jujur bahawa spare part untuk model arm autogate tersebut memang tiada dalam stok. Walaupun begitu, kami masih cuba bantu dengan mencadangkan arm autogate yang hampir sama dari segi fungsi dan kualiti, cuma dari segi ukuran panjang arm mungkin ada sedikit perbezaan.
Untuk pastikan arm autogate yang dicadangkan sesuai, kami minta customer bawa arm autogate lama ke kedai autogate kami supaya boleh buat perbandingan saiz secara tepat. Kami terangkan awal-awal bahawa jika panjang arm berbeza sedikit, bracket autogate mungkin perlu diubah suai. Customer tersebut memang sudah biasa pasang dan baiki autogate sendiri, jadi perkara ini bukan satu masalah besar untuk beliau. Selepas berbincang, customer bersetuju untuk gunakan arm autogate yang kami cadangkan.
Akhirnya, customer telah membeli satu batang stainless steel arm autogate daripada kami dan membuat pemasangan sendiri di rumah. Walaupun pemasangan dibuat sendiri, kami tetap sedia membantu sekiranya customer perlukan tunjuk ajar atau panduan teknikal. Bagi kami, walaupun model asal sudah lama dan susah cari spare part, masih ada penyelesaian lain yang boleh dibuat asalkan dibincangkan dengan betul. Yang penting, autogate boleh berfungsi semula dengan selamat dan lancar untuk kegunaan harian.

Swing Arm Autogate Repair USJ
Pelbagai Autogate Spare Parts Tersedia Untuk Anda
Kami sentiasa pastikan pelbagai jenis autogate spare parts sentiasa ada dan mudah didapati untuk keperluan pelanggan. Antara komponen yang kami sediakan termasuk full set autogate arm, one side arm autogate motor, arm autogate mini DC motor, gear autogate, control panel, power supply, transformer, set remote control, bateri backup, rubber stopper dan banyak lagi. Dengan stok yang lengkap, pelanggan tak perlu tunggu lama atau susah cari barang, sama ada untuk repair kecil atau penggantian komponen yang lebih penting.
Kami juga faham ada customer yang memang berpengalaman dan tahu cara kenal pasti masalah serta baiki autogate sendiri. Untuk customer jenis ini, kami memang sediakan spare parts autogate yang sesuai dan berkualiti supaya kerja pembaikan boleh dibuat dengan lebih mudah. Walaupun anda buat pemasangan atau repair sendiri, kami tetap sedia bantu jika perlukan nasihat atau panduan teknikal. Matlamat kami bukan sekadar jual barang, tapi pastikan autogate anda boleh berfungsi semula dengan baik, selamat dan tahan lama.

Autogate Arm Spare Parts Subang Jaya
Pembekal, Pemasang Dan Pembaiki Autogate Di Selangor & KL
Kami merupakan pembekal autogate, pemasang autogate dan juga menyediakan servis repair autogate di sekitar Klang Valley. Sama ada masalah melibatkan autogate arm, sliding autogate motor atau underground swing gate system, kami memang berpengalaman untuk mengendalikannya. Kalau anda sedang mencari autogate spare part, tak perlu pening kepala cari di banyak tempat. Hubungi kami sahaja dan beritahu komponen autogate apa yang anda perlukan, kami akan bantu semak dan cadangkan pilihan yang sesuai.
Selain servis repair, kami juga membantu pelanggan yang ingin pasang sistem autogate baru di rumah. Ada pelanggan yang autogate lama dah kerap rosak, ada juga yang baru nak pasang autogate untuk pertama kali. Apa pun keperluan anda, kami akan terangkan dengan cara mudah faham dan bantu anda pilih sistem autogate yang sesuai dengan jenis pagar, berat gate dan bajet anda. Pemasangan dibuat dengan kemas supaya autogate boleh digunakan dengan lancar dan tahan lama.
Untuk sistem autogate baru, kami sangat mengesyorkan jenama Tronica® kerana kualiti dan ketahanannya memang terbukti. Tronica® sesuai untuk pelbagai jenis autogate sama ada swing gate atau sliding gate, dan spare part pun mudah didapati. Dengan memilih sistem yang betul dan pemasangan oleh pasukan yang berpengalaman, anda boleh guna autogate dengan lebih tenang tanpa perlu risau masalah berulang. Kami sentiasa sedia membantu dari pemasangan hingga ke servis selepas jualan.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





