
Baiki G-Force Sliding Autogate Motor Lama – Spare Parts Available
10/07/2025
Tukar Roda Autogate dengan Cepat dan Betul Di Klang Valley
30/07/2025Sistem Autogate Lama Underground – Pasang Autogate Baru Tronica®
Sekiranya anda pernah pasang sistem underground swing autogate sekitar 10 ke 20 tahun lepas, besar kemungkinan jenama yang digunakan adalah seperti Letron, Comex SE1, Victor, Powergates, Mag, Good 1 atau seangkatan dengannya. Dulu memang sistem ni sangat popular sebab nampak kemas dan tahan lasak. Ramai pelanggan kami masa tu pilih underground autogate sebab rekaannya tersembunyi dan tak nampak motor. Tapi bila dah lama guna, sistem ni mula tunjukkan masalah ada yang motor lemah, ada yang gearbox haus, dan paling biasa air masuk dalam housing motor bila hujan lebat.
Sekarang ni, makin ramai pelanggan mula beralih kepada sistem swing arm autogate yang lebih moden dan mudah dijaga. Kami di Sam Autogate sendiri dah banyak buat kerja tukar sistem lama underground kepada model baru seperti Tronica® Arm Autogate System. Kenapa ramai beralih? Sebab arm autogate senang servis, spare parts pun senang cari. Dan yang penting, tak ada lagi isu air masuk macam underground system. Tapi itu tak bermaksud underground autogate tak boleh dibantu kalau anda masih nak kekalkan sistem sedia ada, kami masih boleh bantu dengan spare parts yang kami ada.
Kami masih simpan beberapa komponen penting seperti underground motor gearbox, control board, spring lock, stopper, dan gear untuk jenama tertentu. Cuma nak ingatkan, tak semua jenama masih ada spare parts sebab kebanyakannya dah tak dikeluarkan. Jadi, kalau anda masih sayang dengan sistem lama anda dan nak cuba baiki dulu sebelum buat keputusan tukar baru, boleh hubungi kami. Kami boleh datang tengok keadaan autogate anda dan berikan nasihat terbaik ikut situasi semasa. Yang penting, jangan biarkan sistem yang dah mula bermasalah tu tertangguh terlalu lama nanti makin rosak dan makin susah nak baiki.

Swing Autogte Tronica Damansara
Rosak Lagi – Powergates Underground Autogate Gearbox Rosak
Sudah hampir 12 tahun customer di Damansara ini menggunakan Powergates underground swing autogate yang kami pasang. Pernah juga customer ada masalah dengan underground center lock dan customer telah baikinya sendiri dengan beli underground autogate lock spring daripada kami. Customer beritahu kami, dia tidak sengaja terlanggar pintu pagar, menyebabkan sekarang sudah mula ada masalah underground autogate sebelah kiri tak boleh tutup dan customer sendiri telah pemeriksaan, Lektron underground autogate gearbox telah rosak.
Kami berikan customer dua penyelesaian untuk customer buat perbandingan mana satu yang lebih berbaloi. Pertama ingin terus membaiki sistem underground autogate lama atau dapatkan penyelesaian berpanjangan dengan sistem autogate arm baru. Dua-dua ini kami berikan harga pasang autogate baru dan kami boleh terus lakukannya. Setelah berbincang dengan isterinya dan keputusan untuk pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Kata customer dia tidak mahu terus membaiki sistem autogate lama, lagipun banyak rumah jiran-jiran tidak menggunakan underground autogate lagi, mereka telah pasang auutogate baru menggunakan swing autogate arm. Sekarang swing autogate customer telah menggunakan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System.

Install New Autogate Swing Damansara
Tronica® Arm Autogate System Malaysia
Salah satu pilihan terbaik untuk autogate yang tahan lasak dan dapat diandalkan adalah KRON 929 Arm Autogate System. Sistem autogate ini termasuk dalam kategori heavy-duty autogate arm, yang bermaksud ia direka untuk menangani tugas berat dan dapat beroperasi secara lancar dalam jangka masa yang panjang. Promosi autogate Shah Alam yang sedang berlangsung telah membantu mereka menguruskan bajet dengan lebih baik, dan ini merupakan tawaran yang sukar untuk ditolak.
EE Automation menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk memasang autogate baru anda dengan betul bagi prestasi yang optimum, semuanya pada harga autogate murah yang munasabah. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp juga, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





