
2026年莎阿南自动门安装价格|升级旧地下式自动门
09/06/2026
Baiki Swing Autogate – Kami Selesaikan 2 Masalah Autogate
11/06/2026Shah Alam Sliding Autogate – Baiki G-Force Autogate Lama
Baru-baru ni kami dihubungi oleh Encik Faiz dari Shah Alam yang ada masalah dengan sliding autogate G-Force SL1000 lama. Autogate tu langsung tak boleh buka guna remote control walaupun bateri remote dah ditukar baru. Customer ni sendiri pun tak tahu siapa yang pasang autogate tu sebab dah lama sangat, dan bila cuba hubungi nombor installer lama, tak dapat dihubungi. Disebabkan tu, dia pun mula cari pakar sliding autogate dan jumpa kami. Soalan pertama yang dia tanya “Kalau autogate lama, masih boleh baiki ke?” Jawapan kami: boleh, kami memang biasa servis sliding autogate lama.
Sebelum ke rumah customer, kami bagitahu dulu masalah parts autogate yang mungkin rosak. Biasanya kalau sliding autogate langsung tak boleh buka sama ada guna remote autogate atau switch autogate dalam rumah serta tak ada apa-apa bunyi dari motor autogate tersebut, kemungkin besar sliding autogate board rosak. Kami bagitahu juga estimate harga tukar motherboard autogate sliding berapa. Sekiranya customer setuju, barulah kami datang. Dan Encik Faiz setuju untuk kami lakukannnya.
Jadi, kami terus datang ke lokasi dan buat pemeriksaan. Tak sampai 10 minit, kami dah dapat kenal pasti masalah memang sah yang control panel G-Force F5 tu yang rosak. Seperti yang dipertujui sebelum datang, kami terus tukar F5 sliding autogate board tersebut. Lepas ganti, autogate terus boleh berfungsi macam biasa. Inilah kelebihan bila panggil team yang memang pakar tak buang masa, tak perlu tukar satu sistem, dan masalah selesai dengan cepat. Kalau anda pun ada masalah sliding autogate lama, boleh terus hubungi kami untuk periksa dan baiki!

Sliding Autogate Repair Services Shah Alam
Sliding Autogate GForce Lama Tak Boleh Buka – Pakar Autogate Diperluan
Sekiranya sliding autogate GForce lama anda mula buat hal, jangan risau sebab kami masih boleh baiki motor autogate jenis ni. Team kami memang berpengalaman dan tahu cara kenal pasti punca masalah dengan cepat sama ada motor dah lemah, gear haus, sensor rosak atau wiring ada isu. Kami juga ada semua spare parts untuk sliding autogate, termasuk model lama GForce yang mungkin dah susah nak cari di kedai biasa. Jadi tak kisahlah model lama atau baru, kami tetap boleh bantu betulkan tanpa perlu tukar satu set baru yang mahal.
Sekiranya anda inginkan masalah autogate diselesaikan dengan cepat, mudah dan berkesan. Dapatkan servis daripada yang merupakan autogate specialist. Kami telah banyak pasang dan baiki Gforce SL1000, G-Force SL2000, Celmer Sliding Autogate, Mag Sliding Autogate sama ada untuk sliding autogate rumah atau sliding autogate kilang di Klang Valley.

G-force sliding Autogate Repair Shah Alam
Hubungi Kami Untuk Dapatkan Temu Janji Baiki Autogate Anda
Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk menyelesaikan segala masalah autogate anda. Untuk pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan untuk menggunakan Tronica® autogate system. Bagi sliding autogate pula antaranya, Tronica® DC Sliding Autogate System dan Tronica® AC Sliding Autogate System. Untuk lebih info mengenail produk autogate kami sama ada Tronica® Arm Autogate System ataupun Tronica® Sliding Autogate dan autogate servives kami, boleh call sekarang.
Hubungi kami untuk lebih info dan dapatkan temujanji. Kalau anda tak pasti apa yang perlu dibuat, cara baiki autogate dan cara pasang autogate yang betul, kami adalah penyelesaian jawapan terbaik untuk semua soalan anda kerana kami adalah autogate repair expert. Kami akan pastikan masalah autogate anda selesai pada hari kami datang.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.






