
Autogate Subang – Tukar Victor Underground Autogate Dengan Sistem Arm Autogate Baru
19/01/2026
Autogate Puchong – Kontaktor Autogate Dengan Spare Parts Autogate Tersedia
22/01/2026Pilih Kontraktor Autogate Yang Bertanggungjawab – Boleh Datang Jika Autogate Bermasalah
Pernah tak alami situasi autogate baru pasang atau baru tukar bahagian tertentu, tapi tak lama lepas itu sudah rosak semula? Masa ini barulah timbul persoalan, installer atau repairer tersebut bertanggungjawab atau tidak. Kalau mereka senang dihubungi, itu satu perkara yang melegakan. Tapi kalau telefon tak angkat, mesej tak balas, memang boleh buat kita stress. Sebab itu penting untuk pilih kontraktor autogate yang ada kedai, pejabat dan showroom sendiri, supaya senang dicari bila ada masalah.
Kontraktor autogate yang betul biasanya tidak lepas tangan selepas kerja siap. Mereka akan beri sokongan selepas pemasangan dan tahu tanggungjawab masing-masing. Bila syarikat ada lokasi fizikal, anda tak perlu risau kalau susah nak hubungi, kerana anda boleh terus pergi ke tempat mereka untuk dapatkan penjelasan atau servis susulan.
Jika anda sudah tiada cara untuk hubungi kontraktor autogate lama, jangan risau. Anda boleh terus hubungi kami. Kami sedia membantu baiki autogate tidak kira jenama atau model yang anda gunakan. Juruteknik kami berpengalaman, datang dengan spare parts yang sesuai, dan fokus untuk selesaikan masalah autogate anda dengan cepat dan berkesan.
Dnor Arm Autogate Baru Rosak, Kontraktor Tidak Dapat Dihubungi
Kami dihubungi customer daripada Seksyen 27 Shah Alam yang ada masalah dengan “Dnor Autogate saya semalam mengeluarkan bunyi (mungkin coupling rosak) walaupun sudah maksima… hari ini sudah tak berfungsi”. Dari apa yang customer beritahu lagi, Dnor 712 arm autogate ini baru sahaja digantikan dalam tahun lepas yang dilakukan kontraktor autogate Shah Alam yang lain, tapi malangnya customer tidak dapat menghubungi dia, nama syarikat autogate pun tidak tahu dan dia datang dari mana pun customer tidak dapat. Itu yang customer hubungi kami, kawaanya yang syorkan, dimana telah menggunakan dnor autogate yang kami pasang lebih 6 tahun tidak pernah ada masalah.
Setelah kami datang lakukan pemeriksaan, kami dapati bukan sahaja dnor autogate coupling yang rosak tapi dnor autogate arm dc motor juga bermasalah, motor autogate ada bunyi tetapi tidak bergerak, kami syak autogate guy sebelum ini, guna komponen secondhand. Untuk penyelesaian sekarang, kami dengan Dnor 712 arm autogate baru dan original.

Dnor 712 Autogate Spare Parts
Kami Hanya Bekalkan Autogate Spare Parts Baru Dan Original
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka ada after sales support yang boleh segera membantu.
Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, EE Automation adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Yang ada masalah autogate dan original autogate installer hilang, EE Automation juga boleh bantu selesaikan masalah autogate dengan mudah, cepat dan berkesan.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





