
Autogate Tak Boleh Buka – Kena Panjat Pagar Masuk Rumah
14/01/2026
Arm Autogate Rosak Sebelah – Boleh Tukar Sebelah Sahaja
16/01/2026Hujan Lebat + Kilat: Punca Autogate Tiba-Tiba Tidak Berfungsi Di Shah Alam
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, cuaca memang tak menentu. Hampir setiap petang, hujan turun dengan sangat lebat dan disertai kilat yang kuat sampai bergema satu kawasan. Ramai customer mula perasan setiap kali hujan lebat, ada saja peralatan elektrik yang mula buat hal termasuklah autogate. Di Lembah Klang, kami terima banyak panggilan kecemasan sebab autogate tiba-tiba mati atau tak respon langsung selepas kilat kuat. Bila kilat terkena sistem autogate, antara komponen yang selalu rosak ialah control panel, transformer, remote receiver, malah ada juga kes semua komponen rosak serentak. Ada beberapa autogate yang kami buka, siap ada kesan hangus pada board memang tanda jelas kena “strike”.
Bila customer hubungi kami dan kata autogate tak berfungsi lepas kilat atau hujan lebat, perkara pertama yang kami tanya ialah sama ada kawasan rumah ada trip atau blackout. Lepas tu, kami akan minta customer periksa MCB atau DB box di rumah kadang-kadang suis turun tanpa disedari. Kami juga akan minta mereka reset elektrik rumah selama 15 minit dan hidupkan semula, sebab banyak autogate “reboot” bila ada gangguan voltan.
Tapi kalau lepas reset tetap tak jalan, barulah kami hantar teknisyen untuk cek lebih detail dan tentukan komponen mana yang benar-benar rosak. Bagi kami di EE Automation, servis yang jujur dan membantu memang keutamaan kami, sebab kami nak pastikan setiap pelanggan rasa selamat dan yakin dengan sistem autogate mereka walaupun cuaca tak menentu.

Autogate Repair Shah Alam
Swing Autogate Board Dan Transformer Rosak Terbakar
Kami banyak servis baiki autogate tak boleh buka disebabkan Kilat di area Shah Alam, salah satunya customer di Putea Height ini dimana swing autogate tak boleh buka selepas hujan lebat dan customer beritahu kami masa itu terus hubungi original autogate installer Shah Alam tapi mereka tak boleh datang, katanya outstation dan minta tunggu sehingga minggu depan tapi customer tak boleh tunggu, autogate tak berfungsi, susah untuk keluar masuk lebih-lebih lagi sekarang musim hujan. Yang syorkan kami adalah jiran customer, minggu lepas kami datang tolong jirannya betulkan autogate tanpa kami datang iaitu dengan minta tutup rumah punya elektrik dan selepas itu autogate berfungsi semula.
Customer baru kami ini juga telah tutup elektrik rumah tetapi autogate masih tidak berfungsi. Hari itu kami datang lakukan pemeriksaan dan dapati autogate control panel dan autogate transformer telah terbakar yang berkemungkinan besar berpunca daripada kilat. Dengan persetujuan customer, kami gantikan dengan tronica auto gate control panel dan kron autogate transformer yang berkualiti tinggi. Semuanya dapat diselesaikan kurang daripada 1jam dan customer boleh menggunakan swing swing autogate nya seperti biasa.

Baiki Swing Autogate Shah Alam
Servis Baiki Autogate Dengan EE Automation
Macam mana cara autogate repair kami, pertama beritahu masalah autogate yang anda hadapi. Kedua hantar gambar autogate untuk kami kenalpasti model/ brand auto gate yang anda gunakan dan buat persediakan spare parts autogate. Ketiga jurutera dan juruteknik kami akan buat pemeriksaan bagi mencari auto gate parts mana yang bermasalah. Keempat terangkan apa yang rosak, berapa kos baiki autogate dan dapatkan persetujuan customer. Kelima ambil spare parts autogate dalam van service kami dan terus gantikan. Keenam buat testing untuk pastikan autogate berfungsi semula.
Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, EE Automation adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Kami mempunyai jenama autogate terbaik antaranya Tronica® Arm Autogate System yang menggunakan komponen autogate berkualiti tinggi dijamin tahan lasak dan tahan lama.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





