
Autogate Tidak Berfungsi Selepas Hujan Lebat
17/04/2024
Why You Should Use Famous Autogate Brands
19/04/2024Pemasang Autogate Asal Tidak Dapat Dihubungi
Anda boleh tengok memang baru lagi dnor 212k arm autogate system, baru beberapa bulan sahaja dan ada masalah tak boleh berfungsi dan customer terpaksa pakai gate manual dulu. Dari apa yang customer beritahu, hampir seminggu ada masalah dan ada hubungi original auto gate installer, mula-mula mereka kata akan datang dan cuba untuk dapatkan temu janji, selepas itu sudah tak dapat hubungi mereka. Customer hanya ada satu nombor itu sahaja untuk dihubungi dan nama syarikat mereka pun customer tidak tahu. Itu yang customer mencari autogate services lain, kawan syorkan kami.
Setelah pemeriksaan, kami dapati masalahnya adalah agak minor. Ternyata ada kabel yang tidak disambung dengan baik dan selain itu, motor dc mini dnor di dalam dnor arm autogate sebenarnya adalah unit yang telah diguna semula, secondhand. Mengenai motor mini dc yang telah diguna semula, tidak banyak yang dapat kami lakukan. Customer mungkin perlu membuat laporan polis dan mengesan juruteknik autogate, atau sebagai alternatif, mereka boleh memilih untuk mengeluarkan wang sekali lagi dan membeli sepasang arm autogate yang baru jika mereka lebih suka yang baru.

Dnor 212 Arm Autogate Klang
Autogate Baru Dipasang Tetapi Sudah Bermasalah?
Autogate baru sahaja pasang tapi sudah bermasalah? Mana original auto gate installer? Cuba hubungi mereka tapi tak dapat? Banyak kes macam dimana autogate installer hilang selepas lakukan pemasangan autogate dimana apabila autogate yang baru dipasang ada masalah, mereka tidak dapat dihubungi. Kalau autogate itu sudah lama dipasang, sudah bertahun-tahun tak apa lagi, ini kalau baru sahaja pasang autogate tak sampai seminggu, sebulan sudah rosak macam mana. Sekiranya ini berlaku kepada anda, hubungi EE Automation 012 405 8791, kami sedia membantu.
Ramai customer yang hubungi kami, mereka ada masalah dengan original auto gate installer, lagi kesian kepada customer yang autogate masih baru dan masih lagi ada warranty tetapi tidak dapat claim daripada pemasang autogate tersebut.

Repair Dnor Autogate Klang
Tolong Dapatkan Servis Autogate Yang Dipercayai
Dnor memang merupakan sistem autogate berkualiti. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membelinya daripada syarikat autogate yang dipercayai dengan pejabat fizikal atau bengkel. Ini memastikan bahawa jika terdapat sebarang masalah pada lengan autogate, anda boleh dengan mudah mencari mereka untuk mendapatkan bantuan.
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka memberikan after sales support yang boleh segera membantu. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat. Anda juga boleh ke website kami https://klautogate.com.my/ untuk lebih info.
Membaiki Autogate Anda Semudah Seperti 1-2-3
- Ambil gambar dan rakam video dari pelbagai sudut.
- Terangkan masalah yang dihadapi.
- Kongsi melalui Whatsapp di https://wa.me/60124058791