
Underground Autogate Dah Lama & Susah Baiki? Masa Untuk Tukar Baru
29/12/2025
Autogate Tak Berfungsi? Boleh Disebakan Autogate Motherboard Problem
02/01/2026Nak Tukar Arm Autogate? Gunakan Tronica® Arm Autogate
Perlukan servis tukar arm autogate sahaja tanpa tukar satu set sistem? Jangan risau, memang boleh. Ramai yang sangka bila arm autogate rosak, kena tukar keseluruhan sistem, sedangkan sebenarnya tukar arm sahaja sudah mencukupi jika motor dan board masih elok. Walaupun arm autogate yang anda guna sekarang sudah tiada spare parts di pasaran, atau anda memang tak mahu guna model yang sama, kami boleh bantu cadangkan model arm autogate lain yang sesuai dan pasang dengan cara yang betul supaya autogate berfungsi dengan lancar.
Dalam banyak kes, customer hadapi masalah arm rosak sebab usia, karat, air masuk atau pernah guna arm secondhand. Bila spare parts susah cari, tukar ke jenama lain adalah pilihan paling praktikal. Kami biasanya syorkan Tronica® 929 Arm Autogate atau Tronica® 898 Stainless Steel Arm Autogate kerana kedua-duanya adalah heavy duty.
Yang penting, pemasangan arm autogate mesti dibuat dengan setting yang betul. Kalau pasang asal boleh, autogate akan cepat rosak atau jadi sangkut. Di Sam Autogate, kami akan periksa keadaan gate dulu, barulah cadangkan arm yang sesuai supaya anda tak perlu baiki berulang kali. Kalau arm autogate anda bermasalah atau nak tukar ke model yang lebih tahan, hubungi kami hari ini dan kami akan bantu selesaikan dengan cara yang jujur dan selamat.

Folding Autogate Arm Repair Bangi
Kedua-dua Belah Sekarang Menggunakan Tronica®-929 Arm Autogate
Ini masuk kali ke kedua kami datang ke rumah customer di Bangi ini untuk menggantikan arm autogate. Rasanya ada dalam 2 tahun lepas kami menggantikan Tronica® arm autogate untuk sebelah kiri. Asalnya customer menggunakan swing arm autogate dan atas permintaan customer masa itu tidak mahu menggunakan jenama autogate yang sama jadi kami menggantikan dengan Tronica®-929 Arm Autogate.
Baru-baru ini, arm autogate sebelah kanan pula rosak, menyebabkan satu daun pagar tak boleh dibuka langsung. Akibatnya, customer tak boleh masukkan kereta dan terpaksa cabut arm autogate untuk buka pagar secara manual sementara tunggu kami datang. Selepas pemeriksaan, kami terus gantikan arm tersebut dengan Tronica® 929 yang baru supaya kedua-dua belah guna model yang sama. Selepas siap pasang dan buat testing, autogate kembali berfungsi dengan lancar dan customer pun lebih yakin sebab sistem sekarang lebih stabil dan senang dijaga.

Tukar Arm Autogate Bangi
Pelbagai Servis Baiki Autogate Kami Tawarkan
Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu, sama ada masalah autogate arm, autogate tak boleh buka guna remote control, autogate pelaham, autogate buka separuh, autogate motherboard kena kilat, bracket autogate tercabutdan roda autogate lompat keluar dari trek. Dengan autogate team kami yang berpengalaman dan auto gate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti Tronica®, kron, fbm, oae, dnor 212 autogate, dnor 712 autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, cougar autogate ataupun millie’s autogate.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





