
Autogate Bangi – Underground Autogate Terlalu Lama Dan Rosak Teruk
16/12/2025
Ganti 1 Arm Autogate Pun Dah Okay – Autogate Boleh Jalan Balik!
18/12/2025Boleh Datang Dan Baiki Autogate Pada Hari Yang Sama?
Setiap kali customer hubungi kami pasal masalah autogate, soalan yang paling kerap kami dengar ialah “boleh datang hari ini tak?” dan “boleh siap hari ini tak?”. Jawapan kami mudah jangan risau. Kami memang akan cuba sedaya upaya untuk datang secepat mungkin, selalunya pada hari yang sama dan sasaran kami ialah selesaikan masalah autogate anda terus pada hari itu juga. Bagi kami, tak ada guna datang tengok sahaja kalau autogate masih tak boleh guna selepas itu.
Berbeza dengan kebanyakan kontraktor autogate lain, mereka biasanya datang hanya untuk periksa dulu apa yang rosak, tanpa bawa spare parts. Lepas itu baru cari autogate spare parts yang sesuai, entah berapa lama, kadang-kadang ambil masa berhari-hari atau berminggu. Lepas parts dan jumpa, barulah mereka datang semula untuk baiki. Ini menyusahkan customer, terutama bila autogate tak boleh buka atau tutup langsung. Kami tak buat cara macam tu. Kami datang dengan persediaan lengkap supaya masalah boleh diselesaikan terus.
Kami di EE Automation adalah orang tempatan dan memang pakar dalam servis membaiki autogate. Dengan lebih 30 tahun pengalaman, kami dah jumpa dan selesaikan pelbagai jenis masalah autogate seperti autogate tak boleh buka atau tutup, buka sebelah sahaja, tiada bekalan elektrik, rosak kena langgar kereta, masalah lepas hujan, sliding autogate jem, remote tak berfungsi, arm tercabut, roda tercabut dan tukar bearing gate. Walaupun masalah autogate anda tak tersenarai, jangan risau. Dengan pengalaman kami dan stok spare parts autogate yang ada, kebiasaannya sekali datang sahaja, autogate anda boleh terus siap pada hari yang sama.

Swing Autogate Repair Shah Alam
Baiki Swing Autogate Tak Boleh Tutup Pada Hari Sama
Servis autogate kami diperlukan di Shah Alam dimana swing autogate customer tak boleh tutup sejak dari malam tadi tadi dan terpaksa ambil cuti emergency sebab risaukan rumah dengan pagar tak boleh tutup. Dari apa yang customer beritahu, dia ada hubungi original autogate installer tetapi mereka tak boleh datang dengan segera. Kemudian hubungi kontraktor autogate Shah Alam lain, mereka tak boleh selesaikan masalah autogate pada hari yang sama, sebab kena cari spare parts autogate dulu dan customer pun tak boleh tunggu berhari-hari untuk selesaikan masalah autogate nya. Kemudian, ayah customer syorkan servis EE Automation, kami pernah baiki autogate rumah ayahnya pada hari yang sama dihubungi. Terus hubungi kami dan minta kami datang secepat mungkin. Nasib baiklah kami tidak jauh, lepas kami pasang autogate di USJ, setelah selesai terus ke rmah customer.
Kami buat pemeriksaan untuk mencari bahagian autogate mana yang tidak berfungsi, ambil swing autogate spare parts dnor autogate control board dan terus gantikannya. Rasanya dalam setengah jam sudah siap. Lega customer autogate nya dah berfungsi seperti biasa, kalau tidak risau pagar tak boleh tutup waktu malam.

Kontraktor Autogate Terbaik Shah Alam
Kami Akan Pastikan Autogate Kembali Berfungsi
Kebanyakan customer yang hubungi kami, mereka semua urgent untuk service repair autogate, mereka ingin masalah autogate diselesaikan terus dalam satu masa yang mana mereka tak perlu tunggu berhari-hari untuk autogate problem tersebut diselesaikan. Team EE Automation akan datang secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah autogate rosak anda dengan cara baiki autogate yang cepat dan berkesan. Masalah autogate anda dapat diselesaikan terus pada masa kami datang. Sekiranya anda inginkan pemasangan autogate segera pun boleh, Tronica®-929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System, begitu juga Tronica® Sliding Autogate System ada stock tersedia.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





