
Spare Parts Autogate Tersedia – Masalah Autogate Dnor Selesai
15/04/2025
Autogate Sudah Lama, Pasti Akan Ada Masalah – Hubung Kami Untuk Tukar Autogate Baru
17/04/2025Baiki Autogate Sendiri (DIY) – Penjual Spare Parts Autogate
Jika anda mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal dan berminat untuk lakukan sendiri pemasangan autogate atau baiki autogate di rumah, anda boleh cuba DIY autogate tanpa perlu mengupah juruteknik. Sama ada anda ingin memasang sistem autogate baru atau menggantikan mana-mana komponen yang rosak, kami menyediakan pelbagai jenis autogate spare parts yang boleh anda dapatkan terus dari kedai autogate kami. Kami mempunyai stok lengkap untuk pelbagai jenama autogate terkenal seperti Tronica®, KRON, FBM, Dnor 712, Dnor 212, OAE 333a dan E8. Antara komponen yang paling banyak dicari oleh customer termasuklah arm autogate, motor DC, coupling, bracket, control panel, remote control, transformer, bateri dan pelbagai lagi aksesori berkaitan autogate.
Kami di EE Automation sangat mengalu-alukan anda yang ingin melakukan kerja-kerja DIY autogate dan dengan senang hati akan bantu anda mendapatkan spare parts autogate yang sesuai mengikut sistem autogate anda. Sekiranya anda tidak pasti tentang spesifikasi atau jenis alat ganti yang diperlukan, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan nasihat atau cadangan terbaik. Kami hanya menjual autogate spare parts berkualiti tinggi dan original. Sama ada anda seorang kontraktor, juruteknik, ataupun pengguna biasa yang mahu belajar buat sendiri, kami sedia membantu anda dari segi produk dan sokongan teknikal.

OAE Arm Autogate Spare Parts Seri Kembangan
DC Motor Arm Autogate OAE Diperlukan
Baru-baru ini, kami menerima kunjungan daripada seorang customer di Seri Kembangan yang menghadapi masalah dengan sistem OAE 333a arm autogate miliknya. Customer tersebut merupakan seorang jurutera, jadi beliau dapat mengenalpasti sendiri punca kerosakan autogate tersebut iaitu pada bahagian mini DC motor OAE autogate yang sudah rosak. Beliau juga mendapati gear dalam motor tersebut telah haus dan tidak lagi mampu menggerakkan lengan autogate dengan lancar. Disebabkan beliau memiliki sedikit latar belakang teknikal, beliau tahu secara asas bahagian mana yang bermasalah. Setelah pasti punca kerosakan, beliau mula mencari spare parts autogate OAE di kawasan Seri Kembangan tetapi sukar untuk mendapatkan kedai yang menjual alat ganti tersebut.
Setelah hampir seminggu mencari tanpa hasil, akhirnya beliau berjaya menghubungi kami dan kami memaklumkan bahawa kami mempunyai mini DC motor untuk OAE autogate yang baru, original dan ready stock. Tanpa berlengah, customerterus datang ke tempat kami untuk mendapatkan OAE 333a autogate spare parts tersebut. Kami turut berkongsi sedikit maklumat tambahan tentang pemasangan dan penjagaan motor supaya tahan lebih lama. Beberapa hari kemudian, pelanggan memaklumkan bahawa setelah menggantikan motor tersebut, sistem OAE 333a autogate kembali berfungsi dengan sempurna seperti sediakala. Kami berasa gembira kerana dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan dengan cepat dan efisien, serta menjadi pilihan utama untuk mendapatkan autogate spare parts di kawasan Seri Kembangan.

Kedai Autogate Spare Parts Seri Kembangan
Hubungi Kami Untuk Keperlukan Autogate Anda
OAE autogate system OAE 333A auto gate swing arm antara produk kami, spare parts oae auto gate semua ada, jadi bila-bila masa sahaja boleh dapat. Kalau ada masalah autogate berlaku kan senang, spare parts autogate ada. Anda nak pasang autogate sendiri atau nak diy autogate sendiri pun boleh. Kalau anda nak tahu punca auto gate terbuka sendiri, autogate perlahan, masalah autogate ke apa ke cepat call kami. Kami juga menawarkan harga pasang Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System murah dengan harga promosi.
Dapatkan service autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.