
Servis Baiki Autogate Cepat Selangor & KL – Semua Spare Parts Sentiasa Ada
18/08/2025Autogate Arm Rosak – Model Dan Jenama Arm Autogate Anda Gunakan?
21/08/2025Pengalaman Dengan Doormex Underground Autogate Lama
早上好!作为Tronica® 总代理,弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务。如果您有任何电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务!
Baru-baru ini, kami dihubungi seorang customer dari USJ, Subang Jaya yang menghadapi masalah besar dengan Doormex Underground Swing Autogate System. Katanya, beberapa bulan lepas dia baru saja tukar underground autogate gearbox sebelah kiri dengan set secondhand melalui seorang kontraktor autogate Subang Jaya. Malangnya, sekarang kedua-dua belah gearbox sudah rosak semula sebelah kanan langsung tak berfungsi, manakala sebelah kiri yang baru tukar itu hanya boleh buka separuh jalan sebelum berhenti. Lebih menyedihkan, customer langsung tak dapat hubungi balik kontraktor tersebut. Jadi customer dapatkan penyelesaian dari reliable autogate company dan jiran yang syorkan kami, salah satu pengguna Tronica® Autogate.
Bila kami sampai untuk buat pemeriksaan, kami terus buka underground autogate motor cover. Memang jelas nampak puncanya gearbox penuh dengan air. Air yang masuk ini terus merosakkan gearbox lama dan juga gearbox secondhand yang baru ditukar beberapa bulan lepas. Keadaan ini biasanya berlaku sebab gasket tidak ditutup dengan betul atau langsung tidak diganti masa kerja pemasangan sebelum ini. Bila air masuk, underground autogate memang cepat rosak dan tidak tahan lama.
Customer sempat tanya kami, “Boleh baiki lagi tak kalau macam ni?” Jawapan jujur kami tak berbaloi untuk baiki. Sebab bila sistem underground dah rosak kerana air, walaupun baiki sekalipun, masalah akan berulang semula. Kos untuk tukar spare part pun agak tinggi, tapi ketahanan tidak dijamin. Kalau customer teruskan baiki, kemungkinan besar dalam beberapa bulan akan rosak balik, dan itu jadi lebih membazir.

Underground Autogate Solution Subang
Cadangan Dari Kami – Tukar Kepada Tronica® Arm Autogate
Jadi, kami sarankan customer untuk tukar kepada sistem yang lebih tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Antara pilihan terbaik sekarang ialah Tronica®-929 Arm Autogate System dan . Sistem jenis swing arm ini jauh lebih senang dijaga, spare parts mudah dapat dan tidak mudah rosak walaupun hujan lebat. Dari segi kos pula, bila dibandingkan harga baiki underground autogate dengan harga pasang sistem Tronica® autogate baru, bezanya tidak banyak, tapi nilai jangka panjang jauh lebih berbaloi kalau terus pasang baru.
Selepas kami terangkan semua risiko dan pilihan yang ada, customer di Subang Jaya akhirnya buat keputusan bijak untuk tidak lagi gunakan underground autogate. Beliau terus pilih Tronica®-828 Arm Stainless Steel Autogate System, yang lebih tahan lama, mudah dijaga dan sesuai dengan keadaan rumahnya. Sekarang autogate customer sudah kembali berfungsi dengan baik, lebih lancar, dan yang paling penting tidak lagi risau masalah air masuk macam sistem underground sebelum ini.

Underground Autogate Gearbox Subang Jaya
Tronica® Arm Autogate System Sangat Sesuai
Ramai yang dulu menggunakan underground swing autogate system telah tukar kepada swing arm autogate system. Kebanyakan masalah underground autogate adalah dimasuki air, sebab iakan berada dibawah, sekiranya ada bahagian yang sudah longgar, air mudah masuk dan akan merosakkan underground auto gate gearbox dan dc motor autogate. Tronica® Autogate adalah penyelesaiannya, kami mempunyai reputasi kukuh di Malaysia kerana kebolehpercayaannya. Jenis swing arm autogate motor, Tronica® direka untuk kekal tahan lama, memastikan prestasi jangka panjang. Autogate Tronica® direka untuk menangani hujan, jadi autogate anda akan berfungsi, hujan atau panas. Dengan Tronica® Autogate, anda tidak perlu risau tentang membaikinya yang kerap atau kebocoran air yang mempengaruhi prestasi pagar anda.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.