
Autogate Subang – Pengalaman Dengan Doormex Underground Autogate Lama
20/08/2025
Tukar Arm Autogate Lama Dengan Tronica® – Jimat & Lebih Tahan Lasak
22/08/2025Model Dan Jenama Arm Autogate Anda Gunakan?
Sekiranya arm autogate anda dah mula buat hal contohnya bunyi ada tapi tak gerak, atau buka separuh jalan je lepas tu terus berhenti itu tanda-tanda arm autogate anda perlukan penggantian. Masalah macam ni biasa berlaku bila motor dalam arm autogate dah lemah, gear dah haus, atau komponen dalaman dah rosak. Jangan risau, anda tak perlu tukar satu set autogate pun kalau kerosakan cuma pada arm. Kami ada banyak stok autogate arm spare parts untuk pelbagai jenis jenama. Nak ganti arm autogate saja pun boleh tak semestinya kena beli satu set baru.
Kalau anda guna jenama yang terkenal macam Tronica®, KRON, FBM, DNOR, OAE 333a, RDS, E8 atau AGT, kami biasanya ada terus ready stock arm autogate jenama sama. Tapi kalau anda rasa jenama lama tu tak perform atau susah cari spare part, boleh je tukar ke model lain yang lebih tahan dan kuat, seperti Tronica® Arm Autogate. Ramai pelanggan kami yang pilih tukar jenama sebab nak sesuatu yang lebih lasak dan jangka panjang, terutamanya bila jenama lama tu asyik rosak.
Cuma perlu tahu, kalau tukar ke model lain, gerakan buka dan tutup mungkin tak 100% sama macam sebelum ni sebab rekaan dalaman setiap arm autogate tu tak serupa. Yang penting, anda dapat sistem yang lebih kuat, tahan lama, dan mudah servis bila perlu. Kalau nak tahu model mana paling sesuai, boleh je hubungi kami dan kami akan bantu beri cadangan terbaik ikut bajet dan jenis autogate rumah anda.

OAE Arm Autogate Spare Parts Puchong
2 Unit Arm Autogate Lama Digantikan Dengan Tronica® Arm Autogate
Kami menerima panggilan daripada customer dari Puchong yang ada masalah sebelah autogate arm oae hanya terbuka separuh dan berhenti, ada masa arm autogate tak bergerak langsung, customer suspect arm autogate tersebut sudah rosak. Dari apa yang customer beritahu, dalam beberapa bulan lepas dia baru sahaja menggantikan autogate control panel yang dilakukan kontraktor autogate lain tetapi mereka sekarang tiada spare parts untuk gantikan arm autogate sahaja, mereka suruh pasang set autogate baru. Itu yang customer hubungi kami, kawannya yang syorkan.
Untuk kepastian kami datang lakukan pemeriksaan yang terlebih dahulu dan sahkan yang memang arm autogate sebelah kanan telah rosak. Untuk gantikan satu batang arm, kami tawarkan pada customer sama ada ingin menggantikan dengan arm autogate model yang sama seperti yang digunakannya iaitu OAE 333A arm autogate atau tukar kepada model autogate lain dengan Tronica® Arm Autogate. Pilihan customer adalah Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate dan ingin menggantikan kedua-dua autogate arm kerana risau yang sebelah lagi akan rosak dan menyusahkan. Customer telah buat keputusan yang sangat tepat.

Swing Arm Autogate Repair Puchong
Servis Arm Autogate Di Selangor Dan Kuala Lumpur
Ramai customer yang memilih untuk menggantikan autogate arm lama mereka dengan Tronica® Arm Autogate. Ini disebabkan kebanyakan customer tidak mahu terus menggunakan jenama arm autogate asal kerana ketahanan yang kurang memuaskan. Mereka lebih memilih untuk menukar kepada arm autogate yang lebih berkualiti seperti Tronica®.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.



