
Penggantikan Sistem Autogate Lama – Jenama Autogate Apa Terbaik
23/06/2025
Comex Underground Autogate Lama Banyak Masalah – Gearbox Pun Rosak
26/06/2025Autogate Rosak? Kami Sedia Bantu Walaupun Bukan Kami Pasang
Ramai yang hubungi kami sebab autogate kat rumah dah mula buat hal – ada yang tak boleh buka langsung, ada yang tersekat tengah jalan, dan ada juga yang buka sebelah je. Lagi sedih bila nak minta tolong dengan pemasang asal, tak dapat dihubungi atau terus tak jawab panggilan. Memang banyak kes macam ni kami terima. Kami faham perasaan pelanggan yang kecewa, sebab tu kami sedia bantu walaupun bukan kami yang pasang autogate tu dulu. Yang penting, autogate anda kembali berfungsi macam biasa.
Kalau anda perlukan servis autogate segera, kami memang sedia datang. Juruteknik kami berpengalaman dan dah jumpa macam-macam jenis masalah sebelum ni, jadi biasanya kami boleh kenal pasti punca dengan cepat. Kami juga bawa sekali spare parts autogate dalam kenderaan servis, jadi kalau ada bahagian yang perlu ditukar, kami boleh terus ganti hari tu juga. Tak perlu tunggu lama-lama atau janji temu kedua – kami tahu betapa pentingnya autogate untuk keselamatan dan kemudahan anda sekeluarga.
Tak kira jenama atau jenis sistem autogate yang anda guna – sama ada jenis swing, sliding, underground atau arm system – kami boleh baiki semuanya. Dari wiring, motor, panel control sampai ke remote autogate, semua boleh kami uruskan. Apa yang penting, anda dapat servis yang cepat, jujur dan berbaloi. Jadi, kalau autogate anda tengah rosak atau perlukan pemeriksaan, jangan tunggu lama-lama. Hubungi kami terus dan kami akan bantu sebaik mungkin!

Dnor Autogate Repair TTDI KL
Autogate Tak Boleh Tutup – Servis Autogate Cepat Diperlukan
Kami baru-baru ni dapat panggilan kecemasan dari seorang customer di Taman Tun Dr Ismail, KL. Autogate rumahnya tak boleh tutup sejak petang semalam. Dia dah hubungi pemasang asal untuk datang baiki, tapi pihak sana cakap tak boleh datang segera. Jadi semalaman pintu pagar rumah terbuka macam tu je, memang risau sebab soal keselamatan. Pagi esoknya, dia cuba call lagi tapi tak diangkat. Dah la ambil cuti kerja semata-mata nak tunggu, harap-harap bila siap awal boleh terus ke pejabat – tapi lain pula jadinya. Disebabkan kecewa dan dah tak yakin, customer mula cari servis autogate lain yang lebih boleh dipercayai.
Nasib baik abang dia pernah dengar pasal kami dan terus bagi nombor Kedai Autogate. Kebetulan masa tu kami memang tengah buat kerja di kawasan Kelana Jaya, jadi terus gerak ke TTDI. Bila sampai, kami terus buat pemeriksaan pada sistem autogate Dnor tu dan dapati PCB board rosak. Kami memang bawa spare parts Dnor, jadi tak tunggu lama – terus tukar dan kurang dari 30 minit, autogate dah berfungsi macam biasa. Customer pun lega sangat sebab tak sangka boleh siap secepat tu. Dia siap cakap lepas ni tak nak dah call installer lama, kalau ada masalah apa-apa terus nak contact kami sebab servis cepat dan senang berurusan.

Repair Autogate Cannot Close TTDI
Servis Autogate Tiptop Di Lembah Klang
Hanya servis terbaik diberikan, yang pastikan mudah, cepat dan berkesan. Pertama servis yang cepat, kami datang pada hari yang sama anda hubungi. Kedua boleh siap masa itu juga. Ketiga hanya menggunakan auto gate spare parts yang baru dan original. Keempat harga baiki autogate yang berpatutan. Kami ada autogate repair specialist dan mempunyai semua autogate spare parts. Sekiranya anda ingin lakukan pemasangan autogate baru, kami snagat syorkan Tronica® Arm Autogate System.
Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.




