
Autogate Lama Mula Bermasalah? Ini Perkara Yang Selalu Berlaku
17/03/2026
Fed Up Autogate Selalu Rosak? Tukar Ke Tronica® Sliding Autogate Motor Baru
31/03/2026Autogate Rosak Akibat Power Surge
Ramai pemilik rumah tak sedar yang masalah autogate rosak boleh jadi berpunca daripada power surge. Power surge ni berlaku bila ada lonjakan elektrik secara tiba-tiba, contohnya masa kilat, blackout atau bila bekalan elektrik kembali secara mengejut. Bila ini berlaku, arus elektrik yang terlalu tinggi boleh masuk ke dalam sistem autogate dan terus bagi kesan pada komponen penting. Bukan autogate saja, malah barang elektrik lain dalam rumah pun boleh terjejas kalau tak ada perlindungan yang betul.
Kalau autogate terkena power surge, biasanya bahagian yang paling mudah rosak ialah autogate control panel, autogate transformer dan juga autogate receiver remote. Dalam banyak kes, komponen ini boleh terus terbakar atau rosak teruk. Tanda paling jelas, bila buka kotak panel, nampak kesan hangus atau terhidu bau terbakar. Bila jadi macam ni, ramai ingat motor yang rosak, tapi sebenarnya masalah datang dari sistem elektrik. Kos untuk tukar komponen-komponen ini pun bukan murah sebab ia adalah “otak” kepada keseluruhan sistem autogate.
Sebab itu penting untuk ambil langkah pencegahan awal supaya tak perlu keluarkan kos besar di kemudian hari. Antara cara yang boleh dibuat adalah pasang surge protector atau pastikan sistem autogate anda ada perlindungan daripada lonjakan elektrik. Selain itu, pilih juga sistem autogate yang berkualiti dan tahan lasak supaya lebih tahan terhadap gangguan elektrik. Dengan penjagaan yang betul, autogate boleh tahan lebih lama dan anda pun tak perlu risau tentang kerosakan yang datang secara tiba-tiba.

Autogate Repair Puchong
Autogate Transformer Dan Remote Receiver Terbakar
Seperti customer dari Puchong yang menghubungi kami dimana autogate rosak selepas kena power surge. Dari apa yang customer beritahu, dalam malam tadi satu rumah blackout, bukan autogate sahaja yang rosak, peralatan elektrik lain juga ada yang rosak. Disebabkan tidak dapat mencari original autogate installer, customer menghubungi kami untuk bantuan dan set appointment untuk kami datang esok paginya. Customer juga telah cabut oae arm autogate tersebut supaya boleh buka pagar manual untuk keluar masuk rumah memandangkan customer tiada pintu pagar kecil. Apabila sampai dirumah customer, kami buka sahaja box autogate, memang sudah nampak kesan terbakar pada transformer autogate serta autogate remote receiver juga berlubang cair dan telah rosak terbakar. Nasib baik autogate motherboard tak kena. Kami gantikan autogate remote set yang didatangi remote receiver & 3pcs remote dan transformer. Customer juga minta kami tukar autogate bateri. Semua parts autogate ditukar dalam satu masa dan autogate berfungsi semula seperti biasa.
Customer tanya cara untuk elak berlakunya power surge ini, risau autogate dan peralatan elektrik rumah merosak lagi. Kami cadangkan untuk pemasangan home surge protection device iaitu peranti perlindungan bagi power surge rumah. Kami syorkan untuk hubungi Mr Electrician, yang pakar elektrik rumah termasuk pemasangan Home Surge Protection Device (SPD).

Autogate Not Working Puchong
Hubungi EE Automation Untuk Baiki Autogate Cepat
Ingin selesaikan masalah autogate dengan cepat? Jangan risau kami dapat membantu. Juruteknik kami cekap dalam dimana tidak mengambil masa yang agak lama untuk baiki autogate sebab spare parts autogate semuanya termasuk boleh menggantikan sistem autogate, on the spot boleh buat. Yang penting kami adalah reputable autogate company, yang boleh dipercayai.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk repair autogate remote, baiki autogate motherboard, penggantian bateri autogate, roda autogate, dan pemasangan autogate dengan jenama autogate. Kami telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti.
Sekiranya anda inginkan pemasangan autogate segera pun boleh, Tronica®-929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System, begitu juga Tronica® Sliding Autogate System ada stock tersedia.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





