
Tronica® Autogate Sangat Sesuai Dengan Pintu Pagar Anda
02/07/2025
Salah Satu Arm Autogate Rosak – Servis Baiki Dan Tukar
04/07/2025Autogate Remote Tak Berfungsi Dari Jarak Jauh
Autogate remote control ni memang penting sangat dalam sistem autogate. Tanpa remote, susah kita nak buka atau tutup pintu pagar, terutamanya bila kita dalam kereta, tengah hujan atau bawa barang. Bila autogate remote control mula buat hal, contohnya kena tekan banyak kali baru gate buka, atau langsung tak berfungsi, memang menyusahkan. Ramai pelanggan kami alami situasi macam ni, dan kebiasaannya puncanya sama ada bateri remote dah lemah, atau autogate remote receiver dah rosak dan tak dapat kesan signal dari remote.
Untuk selesaikan masalah ni, kami sediakan autogate remote control dan receiver baru yang berkualiti tinggi. Kami gunakan 433mhz autogate remote system, yang mana lebih kuat dan stabil. Remote jenis ni boleh kawal autogate dari jarak jauh biasanya dari 3 ke 4 buah rumah, jadi anda tak perlu tunggu depan pagar baru tekan. Ini sangat memudahkan terutamanya bila anda nak cepat masuk rumah atau tengah hujan. Selain tu, remote 433mhz ni juga lebih tahan lama dan tahan gangguan signal.
Tak kisahlah apa jenama atau jenis autogate yang anda guna swing, folding atau sliding kami ada sediakan remote dan receiver yang sesuai. Kami juga akan bantu pairing remote baru dengan sistem autogate anda terus di tempat anda, jadi anda tak perlu risau nak setting sendiri. Kalau remote lama anda dah mula buat hal atau anda perlukan tambahan remote untuk ahli keluarga lain, boleh hubungi kami. Kami sedia bantu pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar dan mudah.

Baiki Swing Autogate Gombak
330mhz Autogate Remote Receiver Lama Telah Rosak
Baru-baru ini kami ke Gombak untuk bantu seorang customer yang menghadapi masalah dengan sistem OAE 333a autogate miliknya. Dia beritahu, untuk buka pintu pagar guna remote, dia kena berdiri betul-betul dekat dengan kotak autogate, barulah pintu pagar boleh dibuka. Kalau dia dalam kereta dan masih kat luar pagar, langsung tak boleh buka. Situasi ni memang menyusahkan, sebab terpaksa turun kereta dan jalan masuk ke pagar dulu semata-mata nak tekan remote. Kalau jadi waktu hujan atau bawa anak kecil, lagilah leceh. Jadi customer minta kami datang segera untuk bantu selesaikan masalah ni.
Kami sampai pada hari yang sama dan buat pemeriksaan sistem. Memang sah, autogate remote receiver lama customer tu dah rosak, dan dia masih guna sistem 330mhz. Kami terus cadangkan untuk tukar ke sistem baru yang lebih kuat 433mhz autogate remote receiver bersama 3 unit 433mhz remote control. Sistem baru ni bukan saja lebih tahan lama, malah boleh kawal autogate dari jarak yang lebih jauh, lebih kurang 3 rumah jauhnya. Remote lama tak boleh digunakan lagi sebab frekuensinya berbeza. Selepas pemasangan dan testing, customer sangat berpuas hati sebab sekarang autogate boleh buka terus dari dalam kereta tanpa perlu turun. Mudah dan jimat masa!

Baiki Remote Autogate Gombak
Penyelesaian Autogate Cepat Di Selangor & KL
Ingin selesaikan masalah autogate dengan cepat? Jangan risau kami dapat membantu. Juruteknik kami cekap dalam dimana tidak mengambil masa yang agak lama untuk baiki autogate sebab spare parts autogate semuanya termasuk untuk replace new autogate system, on the spot boleh pasang. Sekiranya ada menggunakan arm autogate dan bermasalah, ingin pemasangan autogate baru, dapatkan Tronica® Arm Autogate System
Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 dan kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat. Anda juga boleh ke website kami untuk lebih info.