
Spare Parts Autogate Di Bangi – OAE 333A Arm Autogate DC Motor
05/02/2025
Autogate Klang – Pakar Sliding Autogate Untuk Pelbagai Jenama
07/02/2025Autogate Ampang – Boleh Ke Guna Arm Autogate Jenama Lain?
Kami menerima panggilan daripada customer dari Ampang yang bertanyakan jika kami boleh gantikan arm autogate sahaja. Dari apa yang customer beritahu, dia sendiri sudah periksa yang sebelah kanan arm autogate telah rosak. Oleh kerana tidak dapat cari original autogate installer, kawanya yang syorkan kami. Seperti biasa kami minta hantarkan gambar autogate tersebut, kami berterus terang kami tiada spare parts swing autogate arm seperti yang customer gunakan, tetapi kami boleh gantikan dengan jenama autogate lain yang lebih bagus iaitu Tronica 929 Arm Autogate. Memang design tidak sama dan bergerakan juga tidak sama, tronica arm autogate direka untuk bergerak lebih pelahan, bergerak pelahan tidak bermakna tidak bagus, ia lebih baik untuk ketahanan autogate arm tersebut. Kami akan terangkan dengan details pada customer supaya tidak ada salah faham kelak. Keputusan customer ini adalah untuk menggantikan kedua arm autogate lama dengan tronica arm autogate.
Jangan risau, kami boleh menggantikan kedua-dua arm autogate sahaja dan autogate components yang lain seperti motherboard autogate, transformer autogate, remote control autogate dan kotak autogate digunakan guna yang asal. Kata customer lagi baru beberapa bulan dia telah menggantikan auto gate control panel yang dilakukan autogate repairer Ampang, cuma untuk gantikan arm autogate sahaja buat masa sahaja mereka tak ada spare parts. Itu yang customer hubungi kami, abangnya kongsikan autogate servis EE Automation.
Sekarang kedua-dua swing autogate arm tersebut telah menggunakan Tronica 929 Arm Autogate yang baru dan akan tahan lebih lama.

Swing Arm Autogate Brand Ampang
Spare Parts Arm Autogate Spare Parts Tersedia
Kami di EE Automation memahami bahawa masalah autogate tidak semestinya memerlukan pemasangan set baru setiap kali berlaku kerosakan. Oleh itu, kami menawarkan perkhidmatan yang lebih menjimatkan dengan menggantikan hanya unit arm autogate yang rosak, sama ada satu atau dua unit, bergantung kepada keperluan pelanggan. Kami sentiasa menyimpan stok spare parts autogate yang berkualiti tinggi, jadi pelanggan tidak perlu risau untuk mencari komponen yang diperlukan. Dengan adanya spare parts ini, kami dapat membantu pelanggan memperbaiki autogate mereka dengan cepat dan berkesan tanpa perlu menggantikan keseluruhan set autogate, yang tentunya lebih kos efektif.
Perkhidmatan penggantian bahagian ini memberikan penyelesaian yang lebih praktikal dan menjimatkan kos, terutamanya bagi customer yang mungkin menghadapi masalah kecil dengan sistem autogate mereka. Dengan hanya menggantikan bahagian yang rosak, kami dapat memastikan autogate pelanggan berfungsi dengan baik kembali tanpa mengeluarkan belanja yang lebih besar. Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan customer kami dengan menyediakan alat ganti yang mudah didapati serta penyelesaian pantas kepada masalah autogate mereka.

Autogate Arm Repair Ampang
Tukar Dengan Tronica Arm Autogate
Bagi menggantikan arm autogate sekiranya anda menggunakan famous autogate brand seperti kron, fbm, dnor, oae, rds, e8 arm autogate atau beberapa model lain, kami ada spare parts untuk gantikan dengan jenama autogate sama, jika ada ingin tukar ke model lain juga tiada masalah, mungkin ada tidak berpuas hati dengan prestasi autogate arm sebelum ini, boleh sahaja dapatkan jenama arm autogate yang lebih bagus seperti Tronica 929 Arm Autogate.
Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat. Anda juga boleh ke website kami untuk lebih info.