
Dnor Autogate Broken? EE Automation Is Here to Help Even If We Didn’t Install It!
07/07/2025Swing Auto Gate Repair – Gate Bearing Replacement
09/07/2025Arm Autogate Patah – Arm Autogate Baru Diperlukan
Sekiranya autogate rosak disebabkan kereta terlanggar, memang boleh buat kita panik. Ramai yang tak sangka perkara macam ni boleh berlaku, lebih-lebih lagi kalau tengah kelam kabut nak keluar rumah atau cuaca tengah hujan. Ada juga kes di mana kereta bergerak ke belakang sebelum autogate terbuka sepenuhnya, terus langgar autogate arm dan menyebabkan kerosakan. Bila benda dah jadi, memang kita nak cari penyelesaian cepat supaya boleh guna semula autogate macam biasa.
Antara kerosakan yang sering berlaku bila autogate dilanggar termasuklah arm autogate patah, motor tak berfungsi, bracket arm tercabut, atau tempat pemasangan pada dinding pecah dan retak. Paling teruk, pintu pagar boleh jatuh terus dan menyekat laluan keluar masuk. Dalam situasi macam ni, memang tak selamat kalau cuba baiki sendiri tanpa peralatan atau pengalaman yang betul. Lebih baik terus hubungi team teknikal autogate berpengalaman untuk datang buat pemeriksaan dan cadangkan penyelesaian yang sesuai.
Kami di EE Automation sedia membantu anda dalam keadaan kecemasan macam ni. Kami akan datang bawa semua alat ganti dan peralatan yang diperlukan untuk betulkan balik autogate anda. Kalau perlu tukar autogate arm, bracket, motor atau komponen lain, kami boleh buat terus hari yang sama. Yang penting, autogate anda boleh digunakan semula dengan selamat dan lancar. Hubungi kami segera jika anda perlukan servis pembaikan selepas autogate dilanggar kami pastikan semuanya diselesaikan dengan cepat, mudah dan berpatutan.
1 Unit Arm Autogate Digantikan Dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate
Seperti kejadikan yang menimpa customer daripada Puchong dimana ia terjadi pada waktu malam, folding autogate customer tidak terlalu besar, apabila ingin keluarkan kereta secara tidak sengaja terlanggar folding arm autogate memyebabkan ia patah dua dan tidak boleh disambungkan lagi. Sekiranya tercabut mungkin arm autogate boleh dipasang semula tetapi jika sudah patah ia tidak dapat digunakan lagi. Customer sendiri tidak pasti autogate arm jenama apa yang digunakan.
Dari apa yang customer beritahu, dia ada cuba dapatkan original autogate installer tetapi nombor yang mereka guna sudah tiada dalam perkhidmatan, itu yang customer cari autogate specialist yang boleh menggantikan 1 unit arm autogate yang rosak sahaja tanpa menggantikan keseluruhan sistem autogate tersebut dan customer telah mendapatkan servis autogate kami. Memandangkan kami tiada model arm autogate spare parts yang sama seperti yang customer gunakan, kami telah syorkan menggunakan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate, dengan persetujuan customer, kami terus menggantikannya.
Remote lambat respon menjadi punca masalah, customer sangkakan autogate sudah buka apabila tekan remote, tetapi tidak, itu yang dia terus undurkan kereta dan terlanggar pagar. Setelah diperiksa remote receiver telah rosak. Jadi sekarang kami gantikan tronica remote receiver 433mhz dan remote control 433mhz. Memang cepat respon dan boleh buka dari jarak jauh, sekarang folding autogate ini berfungsi semula seperti biasa.

Arm Autogate Repair Puchong
Kami Akan Pastikan Autogate Anda Berfungsi Semula
Sekiranya anda tergesa-gesa, terus undurkan kereta dengan cepat “bang” langgar pintu pagar. Kemalangan kita tidak jangka, cuma anda perlu lebih berhati-hati dan bertenang, tunggu sehingga autogate buka penuh, barulah keluarkan kereta.
Kami adalah pakar dalam membaiki autogate dan dapat memulihkan autogate anda dengan cepat. Sekiranya masalah arm autogate patah, kami ada spare parts untuk arm autogate tersebut. Untuk masalah bracket tercabut dan patah, kami boleh pasang semula atau ganti autogate bracket. Dan jika pintu pagar jatuh, kami akan naikkan ia semula seperti keadaan asal.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.




