
Autogate Cheras – Comex Underground Swing Autogate Lama
04/09/2025
Autogate Damansara – Swing Autogate Sudah Lama, Pasti Akan Ada Masalah
08/09/2025Punca Autogate Tak Boleh Guna Remote Control
Autogate anda tak boleh buka guna remote? Biasanya ini tanda ada masalah pada autogate remote control atau autogate remote receiver. Kadang-kadang cuma bateri remote habis, tapi ada juga kes remote tu sendiri dah rosak, atau receiver yang terima signal dari remote tu yang bermasalah. Bila kami datang, kami akan buat pemeriksaan dulu untuk kenal pasti apa sebenarnya yang rosak. Tak perlu risau, sebab kami bawa semua jenis autogate spare parts siap-siap – jadi kalau ada bahagian yang perlu ditukar, kami boleh terus buat on the spot, tak perlu datang banyak kali.
Kami ada remote control dan receiver autogate untuk hampir semua jenis sistem autogate – swing, sliding, folding, dan macam-macam jenama. Biasanya kami akan gunakan sistem 433MHz, sebab ini adalah frekuensi standard dan sangat stabil untuk kegunaan harian. Remote jenis ni boleh buka pintu dari jarak jauh dan tahan lama. Kalau remote lama anda dah tak boleh guna atau hilang, kami juga boleh pair remote baru terus dengan sistem sedia ada. Nak mudah dan cepat? Hubungi je kami, nanti kami bantu sampai autogate anda boleh guna balik macam biasa.
Setiap kali pegi rumah customer kami akan bawa autogate spare parts bersama. Selepas lakukan pemeriksaan dan sahkan autogate parts apa yang rosak, kami boleh terus gantikkanya. Kami tidak mahu membazir masa, tenaga dan duit. Customer pun tak perlu tunggu lama dan autogate pun dapat berfungsi dengan cepat.

Baiki Autogate Swing Puchong
433mhz Remote Receiver Autogate Rosak
Kami dihubungi customer daripada Puchong untuk baiki autogate yang ada masalah dengan autogate tak boleh buka guna remote control malam tadi, masa itu customer baru balik kerja dan terpaksa panjat pagar untuk masuk rumah. Apabila cuba guna switch autogate dalam rumah autogate boleh buka, tetapi guna semua remote pun tak boleh, ada cuba tukar bateri remote autogate pun tak boleh juga. Customer perlukan autogate repair service secepat mungkin, walaupun ada suis autogate dalam rumah yang boleh guna tetapi dekat rumah tak ada orang, semua keluar kerja. Oleh kerana tidak dapat cari siapa original autogate installer, customer telah hubungi kami.
Kami datang pada hari yang sama dihubungi, setelah lakukan pemeriksaan, masalah autogate remote tak boleh guna berpunca daripada autogate remote receiver telah rosak. Asalnya customer memang guna 433mhz receiver dan remote autogate. Sekarang kami gantikan 433mhz autogate remote set yang didatang 1 receiver dan 3pcs remote control baru dan berkualiti, serta tahan lama.
Ramai customer tanya, remote lama tak boleh pakai ke? Kami tidak galakkan guna remote autogate lama atau pergi duplicate diluar kerana tidak tahu kualitinya serta kilang juga berlainan. Pengalaman kami, guna remote autogate yang campur-campur akan memberi kesan kepada signal autogate receiver dan menyebabkan ia cepat rosak.

Remote Autogate Rosak Puchong
Masalah Autogate Akan Menyusahkan – Baikinya Segera
Apabila autogate tidak akan boleh berfungsi dan pintu pagar tidak boleh dibuka. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, jadi cepatkan dapatkan penyelesaian, jangan biarkan masalah autogate berpanjangan. Hubungi kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian untuk autogate anda. Kami sentiasa membawa auto gate spare parts seperti autogate arm, autogate dc motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set dan autogate bateri bersama, jadi apa sahaja autogate parts/ autogate components yang rosak, kami boleh terus menggantikannya. Kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai pada waktu kami datang. Cepat, mudah dan berkesan.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





