
Arm Autogate Rosak Sebelah – Boleh Tukar Sebelah Sahaja
16/01/2026
Pilih Kontraktor Autogate Yang Bertanggungjawab
20/01/2026Tukar Victor Underground Autogate Dengan Sistem Arm Autogate Baru
Selamat Pagi. Ini kali kedua kami datang ke rumah customer di USJ Subang Jaya dan kali pertama datang kami baiki Victor G-Force underground autogate nya dengan menggantikan autogate control panel dan setelah hampir 2 tahun customer hubungi kami semula kali ini datang bukan untuk baiki, tetapi customer buat keputusan untuk pasang autogate baru. Customer buat keputusan untuk tidak terus membaiki underground autogate lamanya, ramai kenalannya yang menasihati untuk lakukan pemasangan autogate baru, tidak guna terus baiki autogate lama yang hanya akan memeningkan kepala. Kami berikan, harga autogate termasuk pemasangan, yang lebih menarik ada autogate promotion untuk awal tahun ini.
Kami kemudian menjalankan pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System bagi menggantikan Victor underground swing autogate yang lama. Sistem ini lebih mudah diselenggara, tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan rumah. Selepas pemasangan dan ujian dijalankan, autogate berfungsi dengan lancar dan customer berpuas hati dengan pilihan untuk beralih kepada sistem autogate yang lebih praktikal dan tahan lama.

Pasang Autogate Baru Subang Jaya
Underground Autogate Lama Banyak Masalah – Tukar Dengan Tronica® Arm Autogate System
Jika underground autogate anda rosak teruk seperti gearbox sudah rosak atau DC motor tidak lagi berfungsi, kami memang sarankan anda untuk mula pertimbangkan pemasangan autogate baru. Baiki sistem underground yang lama selalunya melibatkan kos tinggi dan belum tentu tahan lama. Lebih baik fikir dari segi keseluruhan sistem, kos pembaikan sekarang dan juga kos yang mungkin perlu dikeluarkan pada masa akan datang.
Apabila membuat keputusan untuk pasang autogate baru, penting untuk pilih sistem autogate rumah yang berkualiti dan tahan lama. Sistem yang baik bukan sahaja lebih lancar digunakan, malah lebih mudah diselenggara dan kurang masalah dalam jangka panjang. Ini dapat jimatkan masa, duit dan mengelakkan sakit kepala di kemudian hari.
Sebab itu kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap customer. Setiap hari kami melakukan pemasangan Tronica® Autogate dan untuk pengetahuan anda, stok Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica® 929 Arm Autogate System sentiasa tersedia. Kami sentiasa menambah stok, jadi bila-bila masa anda perlukan pemasangan autogate, kami sedia membantu dengan cepat dan profesional.

Swing Autogate Installation Subang Jaya
Pemasangan Autogate – Dapatkan Tronica® Arm Autogate System
Dulu kami banyak pasang underground autogate system untuk jenama Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, G-Force, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, Elock. Ada customer kami yang masih menggunakan underground swing autogate system ini, kami ada spare parts underground autogate jika mereka memerlukan underground autogate services. Dan ada juga customer kami telah tukar kepada Tronica® 828 dan Tronica® 929 Swing Arm Autogate System.
Ramai customer telah memilih untuk menggantikan sistem mereka kepada Tronica® Swing Arm Autogate System, yang kami tawarkan sebagai alternatif yang lebih canggih dan boleh dipercayai. Kami berusaha untuk menyediakan pelbagai pilihan kepada customer kami, memastikan bahawa mereka mendapat sistem autogate yang sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.




