
Sliding Autogate Berat & Tersekat? Mungkin Roda Pagar Bermasalah
29/01/2026
Bila Perlu Tukar Autogate Baru? Ini Tanda-Tanda Yang Ramai Tak Sedar
31/01/2026Autogate Tak Berfungsi Lepas Pagar Terlanggar? Ini Penyelesaiannya
Apabila auto gate rosak, kebanyakan orang memang akan cuba hubungi semula orang yang pasang auto gate tersebut dulu. Tapi realitinya, ramai yang hadapi masalah sebab pemasang asal susah nak dihubungi, nombor telefon dah tak aktif, syarikat dah tutup, atau mereka memang dah tak buat servis baiki. Disebabkan itu, ramai customer akhirnya hubungi kami kerana kami biasa baiki pelbagai jenis dan jenama auto gate. Ada juga customer lama yang pernah pasang dengan kami bertahun-tahun dulu, dan bila auto gate mula bermasalah, mereka cari kami semula. Tak kira auto gate lama atau baru, kami tetap sedia bantu dan beri servis terbaik.
Salah satu punca auto gate rosak yang paling kerap berlaku sebenarnya ialah pintu pagar terlanggar. Kadang-kadang berlaku tanpa sengaja, sama ada masa nak keluar rumah, terburu-buru, atau masa undur kereta. Bila pintu pagar terlanggar, ia boleh menyebabkan banyak komponen rosak seperti arm auto gate bengkok atau patah, bracket tercabut, pintu jadi senget dan tak boleh tutup rapat. Dalam keadaan yang lebih teruk, pintu pagar boleh jatuh dan ini sangat berbahaya. Sebab itu, bila berlaku kerosakan seperti ini, memang kena baiki dengan segera supaya masalah tak jadi lebih besar.
Tapi anda tak perlu risau, kerana kami ada simpan pelbagai spare part auto gate yang berkualiti seperti arm, bracket dan komponen lain yang biasa rosak. Kami juga boleh datang untuk buat pemeriksaan dan baiki pada hari yang sama, bergantung kepada keadaan. Kami faham auto gate sangat penting untuk keselamatan dan keselesaan rumah, jadi kami akan cuba selesaikan secepat mungkin. Tak kisah jenama apa seperti Tronica, DNOR, DC Moto atau jenama lain, kami dah biasa baiki semuanya. Jika auto gate anda bermasalah, jangan tunggu lama, terus hubungi kami dan kami sedia membantu.

Replace Swing Autogate Arm Kelana Jaya
Arm Autogate Patah – Tukar 1 Unit Tronica 828 Arm
Kami dihubungi customer daripada Kelana Jaya yang merupakan customer lama yang kami pasang sistem autogate OAE 333A Arm Autogate dalam 7 tahun lepas. Dari apa yang customer beritahu, anaknya tidak sengaja melanggar autogate arm tersebut, anaknya baru belajar bawa kereta. Dimana autogate belum buka habis lagi dan customer terus undurkan kereta yang menyebabkan autogate arm lama hampir patah. Nasib baik hanya autogate arm sebelah kanan sahaja yang bermasalah dan masih boleh diperbaiki tanpa perlu mengganti keseluruhan sistem.
Kami segera memberi respon kepada masalah customer ini dan datang untuk menggantikan arm autogate yang rosak dengan model autogate yang sana iaitu Tronica® 828 Stainless Steel arm autogate yang lebih kuat dan tahan lama serta harga autogate arm juga lebih rendah. Dengan pemasangan arm autogate yang baru dan berkualiti ini, masalah dapat diselesaikan dengan segera, dan autogate mereka kembali berfungsi dengan baik seperti sedia kala. Kami sangat berpuas hati kerana dapat memberikan penyelesaian yang cepat dan efisien, memastikan customer kami tidak mengalami gangguan lebih lama. Dengan teknologi yang lebih baru, autogate kini dapat beroperasi dengan lebih lancar dan tahan lama, memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan kami.

Autogate Arm Repair Kelana Jaya
Autogate Repair Near Me – Servis Autogate Terbaik
Mencari syarikat autogate yang terkenal berdekatan akan memastikan masalah autogate dapat diselesaikan dengan berkesan dan mencegah masalah pada masa depan. Kami mempunyai pelbagai jenama autogate arm seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE, Dnor, E8, Cougar, Millie’s dan banyak lagi.
Terdapat beberapa model Tronica® Autogate System yang kami supply and install antaranya, untuk folding swing autogate Tronica® 929 Arm Autogate System Tronica® 898 Stainless Steel Arm Autogate System. Untuk Sliding autogate kami ada Tronica® 1500 Sliding Autogate Motor dan Tronica® 2000 AC Sliding Autogate System.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





