
Tukar Arm Autogate Lama Dengan Jenama Tronica® Autogate
16/10/2025
Tukar Roda Autogate Baru Untuk Folding Gate Anda, Biar Lancar & Tahan Lama!
23/10/2025Dnor Autogate Tidak Berfungsi Selepas Hujan Lebat
早上好!专业自动门安装与维修,弘胜科技有限公司始终致力于为您提供高效、可靠的服务。如果您有Dnor电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务!
Kami menerima banyak panggilan daripada customer yang menghadapi masalah autogate tidak dapat dibuka atau langsung tidak berfungsi selepas hujan lebat, lebih-lebih lagi pada musim hujan yang tidak menentu seperti sekarang. Keadaan ini amat merisaukan, terutamanya apabila autogate rosak pada waktu yang tidak dijangka, ketika mahu keluar bekerja, menghantar anak ke sekolah, atau pulang ke rumah pada waktu malam. Jika anda berada dalam situasi seperti ini dan pemasang asal tidak dapat membantu, anda tidak perlu risau. EE Automation sedia membantu dengan memberikan respon pantas, serta datang terus ke lokasi anda untuk melakukan pemeriksaan dan pembaikan dengan segera. Kami faham betapa pentingnya autogate yang berfungsi dengan baik untuk keselamatan dan keselesaan harian anda.
Masalah autogate yang berpunca daripada hujan lebat selalunya melibatkan kerosakan komponen dalaman akibat air meresap masuk, atau kerosakan serius disebabkan oleh panahan kilat yang mengganggu sistem elektronik autogate seperti control panel, transformer, atau motherboard. Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri ini, pasukan teknikal kami mempunyai kepakaran dalam mengenal pasti punca sebenar kerosakan dengan cepat dan tepat. Kami bukan sahaja membaiki kerosakan, malah akan memastikan sistem autogate anda dipulihkan semula seperti sediakala dengan menggunakan alat ganti berkualiti tinggi. Servis kami bukan sekadar membaiki, tetapi memberikan ketenangan fikiran kepada anda.

Swing Autogate Services Puncak Alam
Ada Beberapa Komponen Autogate Terbakar Disebabkan Kilat
Seperti customer dari Puncak Alam ini, pagi tadi nak keluar rumah tiba-tiba auto gate tak boleh buka selepas hujan lebat dan customer tak boleh keluarkan kereta. Customer menggunakan dnor 212k arm autogate yang fungsi release key tetapi malangnya customer tidak pasti mana letak kunci untuk lepaskan arm autogate tersebut. Disebabkan original auto gate installer tak boleh datang hari ini dan tak pasti lagi bila boleh datang, itu yang customer reliable auto gate repairer. Kamilah tu EE Automation, hari yang sama customer hubungi kami, hari yang sama juga masalah autogatenya selesai.
Hari itu kami datang lakukan pemeriksaan dan dapati swing autogate control panel dan autogate transformer telah terbakar yang berpunca daripada kilat. Dengan persetujuan customer, kami gantikan dengan dnor auto gate control panel dan dnor autogate transformer yang berkualiti tinggi. Semuanya dapat diselesaikan kurang daripada 1jam dan customer boleh menggunakan dnor 212k swing autogate nya seperti biasa. Selepas itu kami juga ke rumah jiran customer, masalah sama, autogate rosak disebabkan kilat dan kami telah selesaikannya juga.

Repair Autogate Dnor Puncak Alam
Servis Baiki Autogate Dengan EE Automation
Macam mana cara autogate repair kami, pertama beritahu masalah autogate yang anda hadapi. Kedua hantar gambar autogate untuk kami kenalpasti model/ brand auto gate yang anda gunakan dan buat persediakan spare parts autogate. Ketiga jurutera dan juruteknik kami akan buat pemeriksaan bagi mencari auto gate parts mana yang bermasalah. Keempat terangkan apa yang rosak, berapa kos baiki autogate dan dapatkan persetujuan customer. Kelima ambil spare parts autogate dalam van service kami dan terus gantikan. Keenam buat testing untuk pastikan autogate berfungsi semula.
Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, EE Automation adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Kami mempunyai jenama autogate terbaik antaranya Tronica® Arm Autogate System yang menggunakan komponen autogate berkualiti tinggi dijamin tahan lasak dan tahan lama.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





