
Autogate Dah Lama Tak Guna? Tukar Baru, Guna Semula Tanpa Masalah
02/10/2025
Beritahu Kami Apa Masalah Dengan Autogate Anda
06/10/2025Wiring Autogate Yang Berkualiti Adalah Sangat Penting
Kebelakangan ni memang banyak kes autogate rosak sebenarnya bukan sebab motor atau board, tapi sebab masalah wiring autogate yang dibuat dengan baik. Ramai customer ingat komponen autogate yang rosak, tapi bila kami datang troubleshoot, rupa-rupanya masalah besar datang dari wiring yang bersambung-sambung dan guna kabel tak sesuai. Ada juga kes wayar dah reput, dah kena air atau serangga sebab tak guna kabel yang sepatutnya untuk kegunaan luar rumah. Lagi sedih bila dapat tahu wiring asal dibuat oleh kontraktor yang bukan pakar autogate, tapi buat semua benda. Customer pun tak tahu, sebab masa tu tengah sibuk buat rumah.
Biasanya bila customer tengah renovate rumah atau bina rumah baru, mereka akan lantik satu kontraktor utama (main con) untuk urus semua kerja. Kontraktor ni pula akan sub kerja-kerja lain macam pasang tiles, pasang ceiling, wiring rumah dan juga autogate wiring kepada orang lain. Masalahnya, bukan semua yang buat wiring rumah tu tahu buat wiring untuk autogate. Wiring rumah dan autogate ni lain, sebab autogate perlu guna kabel khas yang tahan cuaca panas, hujan dan juga perlu grounding yang betul. Bila wiring dibuat asal boleh je, lepas setahun dua dah mula nampak masalah DB asyik trip, autogate tak boleh buka, atau board cepat rosak.
Sebab tu penting untuk pastikan wiring autogate dibuat oleh installer dan wireman yang memang mahir dalam sistem autogate, bukan sekadar tukang wiring biasa. Kami di EE Automation memang akan pastikan semua wiring autogate dibuat kemas, terus dari DB ke autogate tanpa sambungan yang tak perlu. Kami hanya guna kabel jenis armoured cable yang tahan cuaca dan tahan lama. Bila wiring dah elok dari awal, sistem pun lebih stabil dan tahan bertahun-tahun tanpa banyak masalah. Jangan tunggu dah rosak baru nak betulkan buat wiring yang betul dari awal untuk elak kos tinggi di kemudian hari.
Bayaran Murah, Kerja-kerja Wiring Tiada Kualiti
Untuk kurangkan kos, kontraktor tersebut, akan panggil mana-mana wireman dengan bayaran murah untuk buat wiring. Apabila wireman tersebut terima bayaran rendah, mereka akan menggunakan kabel yang murah juga, kabel rendah kualiti serta banyak lakukan sambungan-sambungan untuk jimatkan penggunakan wayar. Janji kerja siap sahaja dan pada masa akan datang mereka tidak mahu ambil tahu dan yang susah nanti customer juga.
Sebab itu sering kali dirumah customer mudah berlakunya trip, bekalan elektrik terpadam secara tiba-tiba. Buka lampu trip, buka tv boleh jadi trip dan buka autogate pun trip. Ini adalah disebabkan wiring tidak dilakukan dengan betul.
Autogate Parts Tak Rosak, Wiring Yang Bermasalah
Untuk kegunaan autogate, kegunakan bahagian luar, mestilah kena guna kabel yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Jika tidak, ia tidak akan tahan lama dan macam-macam masalah akan datang. Ada kes customer kami di Alam Impian, kami baru lebih kurang sebulan lakukan pemasangan Tronica® Arm Autogate System. Kemudian customer hubungi kami beritahu yang autogate tidak berfungsi, autogate tak boleh buka sama ada guna remote autogate atau suis autogate dalam rumah.
Jadi kami datang lakukan pemeriksaan, rupakan bukan autogate parts yang rosak, tetapi tiada power supply ke autogate. Apabila bekalan elektrik terputus dalam beberapa hari ini autogate jalan menggunakan backup battery autogate. Apabila battery autogate sudah kong, autogate berhenti berfungsi. Untuk kepastikan, bagi gantikan autogate battery dan autogate boleh berjalan. Kami minta untuk customer dapatkan profesional wireman untuk betulkan auto gate wiring tersebut.

Autogate Wiring Problem Alam Impian
Dapatkan Kontraktor Melainan Mengikut Kepakaran Mereka
Kami nasihatkan, supaya anda cari sendiri kontraktor bagi setiap projek rumah anda. Untuk renovation rumah, cari kontraktor renovation, untuk wiring, cari profesional wireman dan untuk autogate, cari autogate contractor yang berpengalaman. Memang dapatkan satu-satu kontraktor kosnya lebih tinggi tetapi mereka pakar dalam kerja yang mereka lakukan jadi tiada masalah dimasa akan datang. Banyak servis autogate yang kami pergi, ia berpunca daripada autogate wiring yang rosak. Kami bercakap berdasarkan pengalaman.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.




