
Kos Baiki Autogate Lama Tinggi? Tukar Autogate Baru Lebih Jimat
08/10/2025Servis & Ganti Arm Autogate Rosak Setiap Hari Di Selangor Dan KL
Hampir setiap hari kami menerima panggilan untuk servis, baiki, dan tukar arm autogate yang rosak. Ada yang tukar satu unit je, dan ada juga yang ganti kedua-dua arm autogate terus. Dalam banyak kes, kami hanya perlu ganti arm autogate sahaja, manakala komponen lain seperti control board, transformer, dan remote autogate masih boleh digunakan semula. Arm autogate ni lama-lama memang akan haus juga, jadi kalau dah nampak tanda-tanda lemah atau tersangkut-sangkut, baik tukar awal sebelum rosak teruk.
Antara sebab utama arm autogate rosak ialah kena langgar dengan kereta sendiri. Kadang masa undur atau masuk pagar sempit, tersilap sedikit je boleh menyebabkan arm autogate patah atau bengkok. Bila dah jadi macam ni, sistem autogate pun boleh terjejas. Jadi, masa nak parking tu hati-hati sikit, terutamanya kalau ruang masuk rumah agak sempit. Nak elak masalah lebih besar, pastikan juga autogate dalam keadaan betul-betul buka sebelum bergerak keluar.
Kami di EE Automation dah biasa sangat bantu customer yang alami masalah macam ni termasuk customer lama kami sendiri yang kami pasang autogate mereka sebelum ni. Tak kisah autogate anda baru atau lama, kami akan bantu cari penyelesaian paling sesuai sama ada untuk ganti arm baru atau baiki yang sedia ada. Yang penting, anda tak perlu risau sebab semua kerja dilakukan oleh juruteknik berpengalaman dan guna spare parts berkualiti tinggi supaya autogate anda tahan lama dan berfungsi dengan lancar semula.

Swing Arm Autogate Repair Taman Melawati
Punca Arm Autogate Lama Rosak Akibat Dilanggar
Ini adalah customer kami daripada Taman Melawati yang kami pasang full set autogate dalam 5 tahun lepas dan sekarang ada masalah autogate arm sebelah kiri tidak berfungsi dengan baik, hanya terbuka sedikit. Dari apa yang customer beritahu, beberapa hari lepas arm autogate ini kena langgar, tapi selepas itu masih berfungsi cuma ada arm autogate bunyi kuat dan sekarang langsung tidak berfungsi. Customer terus hubungi kami minta kami ajar cara untuk release arm autogate supaya boleh buka pagar manual terlebih dahulu sebab ada pergi ke Melaka ada kenduri. Dulu pun kami pernah ajar, tapi customer terlupa. Tunggu customer balik rumahnya baru kami datang lakukan pemeriksaan.
Hari ini kami datang lakukan pemeriksaan dan sahkan yang autogate arm sebelah kanan itu motornya telah rosak dan ada arm autogate gear telah pecah. Untuk gantikan arm autogate tersebut dengan Tronica®-Stainless Steel Arm Autogate untuk latest autogate design 2025 dan customer terus setuju. Customer beritahu, dia mempercayai kami, autogate sebelum ini guna tak pernah ada masalah, cuma rosak akibat terlanggar. Walaupun sudah pasang lama, customer dapat hubungi kami.

Tronica Stainless Steel Arm Autogate KL
Servis Autogate Yang Dipercayai – Syarikat Pilihan Ramai
Kami sentiasa bersedia sekiranya ada customer yang kami pasang autogate untuk mereka dulu atau pernah baiki autogate untuk mereka yang hubungi kami memerlukan autogate repair service. Semua customer lama kami, tidak pernah gagal hubungi kami kerana kami adalah syarikat autogate stabil sejak dari 1996 lagi. Kami menggunakan contract number yang sama dari dulu sehinggalah sekarang.
Kepada anda yang perlukan pemasangan Tronica autogate, EE Automation adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Yang ada masalah autogate dan original autogate installer hilang, EE Automation juga boleh bantu selesaikan masalah autogate dengan mudah, cepat dan berkesan. Kami hanya berikan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah autogate anda.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp juga, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.