
Wiring Autogate Yang Berkualiti Adalah Sangat Penting
03/10/2025
Kos Baiki Autogate Lama Tinggi? Tukar Autogate Baru Lebih Jimat
08/10/2025Beritahu Kami Apa Masalah Dengan Autogate Anda
Bila customer hubungi kami untuk baiki autogate, kami akan mula dengan tanya beberapa soalan penting dulu. Contohnya, autogate langsung tak berfungsi ke? Atau mungkin salah satu arm je yang buka? Remote control tak boleh guna ke? Atau autogate buka dan tutup terlalu perlahan? Soalan-soalan ni penting untuk kami dapatkan gambaran awal. Lepas tu, kami akan minta customer hantar gambar autogate dari depan, tepi dan juga bahagian motor. Dari situ, kami boleh kenal pasti jenis, jenama dan keadaan autogate yang digunakan. Ini untuk pastikan kami ada spare parts yang sesuai sebelum datang.
Berbeza dengan kebanyakan kontraktor autogate lain, kami tak suka buang masa. Ada yang datang cuma tengok je dulu, lepas tu kena keluar balik cari spare parts autogate. Kadang-kadang kena tunggu sehari dua atau lebih teruk seminggu! Kalau dapat cari spare parts cepat takpe juga, tapi kalau tak jumpa? Customer terpaksa tunggu, sedangkan ada yang nak guna autogate secepat mungkin sebab hal keselamatan atau keselesaan harian. Situasi macam ni memang menyusahkan dan sangat tak praktikal, lebih-lebih lagi kalau rumah tu takde pintu pagar biasa.
Kami di EE Automation ambil pendekatan lain kami datang terus bawa autogate spare parts siap-siap. Bila sampai dan buat pemeriksaan, kalau dah confirm apa parts yang rosak, kami terus ganti pada hari yang sama. Tak perlu ulang-alik atau minta customer tunggu lama. Kami faham masa tu penting, dan kami nak bantu customer jimat masa, tenaga dan juga duit. Bila autogate boleh siap dibaiki hari tu juga, semua orang pun senang hati. Tak perlu risau pasal gate tak boleh tutup atau buka berhari-hari.

Autogate Services Wangsa Maju
Sahkan Autogate Parts Yang Bermasalah Dan Boleh Terus Menggantikannya
Baru-baru ni kami dihubungi oleh seorang customer dari Wangsa Maju yang menghadapi masalah dengan sliding autogate di rumahnya. Katanya, autogate tak boleh dibuka langsung guna remote control, tapi kalau tekan push button kat dalam rumah, autogate masih boleh buka dan tutup macam biasa. Dari penerangan customer tu, kami dah agak besar kemungkinan masalah datang dari remote receiver yang tak dapat terima signal dari remote. Jadi, kami terus aturkan masa untuk datang periksa dan sahkan punca sebenar.
Sampai je di lokasi, kami terus buat pemeriksaan dan memang betul remote receiver autogate dah rosak, sebab tu langsung tak respon bila tekan remote. Untuk selesaikan masalah, kami terus ganti dengan 433Mhz remote receiver yang baru dan bagi sekali 3 biji remote control baru. Selain tu, customer juga minta kami tukar backup battery autogate sebab yang lama dah tak kuat. Nasib baik semua spare parts tu kami memang bawa siap-siap, jadi boleh terus tukar on the spot tanpa perlu datang kali kedua. Sekarang autogate customer tu dah berfungsi macam biasa, lebih lancar dan senang nak guna!

Remote Autogate Repair Wangsa Maju
Hubungi Kami Untuk Penyelesaian Masalah Autogate Anda
Sekiranya anda perlukan autogate repair service, tanya pada autogate repairer tersebut sama ada mereka ada autogate spare parts yang tersedia dan boleh baiki autogate on the spot. Atau anda boleh terus hubungi kami, kami sentiasa membawa autogate spare parts seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate remote control, autogate remote receiver, bateri autogate, autogate arm, autogate limit switch, autogate capacitor dan banyak lagi mengikut pelbagai jenis dan jenama.
Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kepakaran kami merangkumi autogate arm daripada negara berbeza antaranya Itali dan UK. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica® Autogate, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, FAAC, E8, RDS dan banyak lagi. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.