
Autogate Rosak Tiba-Tiba? Kenalpasti Punca & Baiki Dengan Cepat
25/02/2026
Legate System Mula Rosak & Susah Repair?
02/03/2026Baiki Autogate Bracket Patah atau Tercabut – Kami Ada Penyelesaian!
Masalah arm autogate bracket patah atau tercabut memang selalu berlaku, tetapi tak ramai autogate installer atau autogate repairer yang sanggup buat kerja ni. Ada yang kurang pengalaman, tiada peralatan lengkap atau rasa kos repair tak berbaloi. Kadang-kadang, installer asal pun tak dapat bantu kerana masalahnya agak rumit. Kalau anda berada dalam situasi ni, jangan risau team kami di EE Automation memang mahir dan bersedia untuk tangani semua masalah berkaitan autogate, termasuk repair bracket yang patah atau rosak.
Bracket arm autogate boleh rosak disebabkan beberapa faktor, seperti pemasangan autogate asal yang tidak betul, kekuatan autogate welding kurang, bracket autogate berkarat, arm terkena hentakan atau pintu pagar berkarat. Semua faktor ini boleh buat autogate tak stabil, seperti pintu autogate tak boleh tutup sepenuhnya, arm autogate boleh tercabut sepenuhnya. Kami akan datang buat pemeriksaan teliti untuk kenal pasti punca sebenar dan pastikan setiap bracket dipasang semula dengan kukuh supaya arm bergerak lancar dan selamat digunakan.
Dengan pengalaman bertahun-tahun dan peralatan lengkap, kami boleh repair bracket autogate di tempat anda tanpa perlu tunggu lama. Matlamat kami mudah pastikan autogate anda kembali berfungsi seperti baru, selamat, dan tahan lama. Jangan biarkan bracket rosak terus menjejaskan penggunaan autogate anda. Hubungi En Sam 012 – 405 8791 sekarang untuk penyelesaian pantas dan berkesan!

Swing Autogate Services Kajang
Kami Bantu Pasangkan Semula Bracket Arm Autogate – Dengan Cara Ini
Servis autogate kami diperlukan di Kajang untuk masalah arm autogate bracket tercabut disebabkan pintu pagar yang berkarat dan bahagian yang tercabut jadi berlubang. Dari apa yang customer beritahu, sudah hampir 2 minggu masalah ini terjadi sebab menunggu original auto gate installer itu datang betulkan. Setelah semalam, customer hubungi semula original autogate installer dan mereka cakap mereka tak boleh buat pula untuk masalah ini. Kata mereka jika welding balik akan tercabut semula sebab bracket sudah berkarat dan suruh customer tukar swing gate design baru. Itu yang customer hubungi kami, kawannya yang syorkan.
Apa yang kami lakukan adalah dengan penutup lubang tersebut dengan plate besi, tukar bracket arm autogate yang baru sebab lama punya dah berkarat dan welding semula autogate bracket atas plate besi dipagar tersebut, barulah kukuh dan kuat. Tidak perlu sehingga menggantikan swing gate baru, hanya perlukan teknik dan kemahiran untuk lakukannya.

Baiki Arm Autogate Bracket Kajang
Pakar Servis Autogate Di Klang Valley
Kami boleh selesaikan semua jenis masalah autogate seperti bracket autogate damaged, fix autgate bracket, arm autogate jam, autogate tak boleh buka, remote autogate tak boleh guna, pasang autogate baru dengan Tronica® Autogate, kami ada team autogate expert, juruteknik/ jurutera dalaman kami sendiri sangat mahir, berpengalaman dan pakar dalam menyelesaikan masalah. Mereka mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dan mempunyai latar belakang yang baik. Kami penuh dengan semua spare parts autogate. Tidak perlu minta claim daripada pembekal. Kami boleh terus menggantikan autogate parts yang bermasalah.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula.





