
Wishing You A Merry Christmas
24/12/2025
Autogate Rosak? Jangan Tunggu Lama-Lama
27/12/2025Masalah Autogate Remote Control? Ini Punca & Penyelesaian Mudah
Autogate remote control memang antara komponen paling penting dalam sistem autogate. Dengan remote autogate inilah kita boleh buka dan tutup gate dari jarak jauh tanpa perlu turun dari kereta. Bila remote rosak atau tak berfungsi, memang jadi satu masalah besar, terutamanya bila hujan atau bila nak masuk rumah dengan cepat. Masalah remote autogate ini juga antara masalah yang paling kerap kami terima daripada pengguna autogate, sama ada remote tiba-tiba tak respon atau perlu tekan banyak kali baru gate bergerak.
Punca masalah autogate remote control boleh jadi pelbagai. Yang paling biasa ialah bateri remote sudah habis atau lemah, jadi isyarat tak sampai ke receiver. Selain itu, masalah juga boleh datang daripada autogate remote receiver yang sudah rosak, signal autogate remote receiver lemah atau terjejas akibat faktor cuaca dan usia penggunaan. Ada juga kes di mana remote jatuh, terkena air, atau sudah lama digunakan sehingga komponen dalamannya rosak. Semua ini boleh menyebabkan autogate tak boleh dibuka walaupun remote masih ada.
Tak kira jenama atau jenis autogate yang anda gunakan, kami sedia membantu menyediakan autogate remote control dan autogate remote receiver yang sesuai. Kami menggunakan sistem 433mhz yang berkualiti tinggi, stabil dan tahan lama. Dengan 433mhz autogate remote dan receiver ini, autogate boleh dibuka dari jarak yang jauh, sehingga sekitar 4 hingga 5 buah rumah, bergantung pada keadaan kawasan. Ini bukan sahaja memudahkan, malah memberi keselesaan dan pengalaman penggunaan autogate yang jauh lebih baik untuk kegunaan harian.

Swing Autogate Services Cheras
Baiki Autogate Remote Anda Cepat – Dapatkan 433mhz Autogate Remote Control Set
Kami ke Batu 9 Cheras servis baiki stainless steel autogate yang tak boleh buka menggunakan autogate remote control. Dari apa yang customer beritahu masalah autogate remote control sudah lama, awalnya dulu kena pergi dekat dengan kotak autogate barulah boleh buka dan ada juga tukar bateri remote control tapi masih sama. Walaupun customer ada suis autogate dalam rumah dan ia berfungsi dengan baik untuk buka tutup autogate, tetapi apabila remote bermasalah, ia sangat menyusahkan apabila tiada orang didalam rumah. Jadi customer perlukan penyelesaian yang cepat. Jiranya yang kongiskan servis autogate kami dan customter terus hubungi kami untuk dapatkan tarikh temu janji.
Setelah itu, kami datang lakukan pemeriksaan dan mendapati autogate remote receiver lama customer telah rosak dan customer asalnya menggunakan 330 mhz remote receiver dan remote control ini adalah yang jenis model lama. Kami telah gantikan dengan 433mhz autogate remote set didatangi dengan 433mhz remote receiver dan 3 unit remote control. Sekarang customer boleh buka autogate menggunakan remote control, malahan dari jarak lebih ajuh dari sebelum ini.

Remote Autogate Repair Cheras
Pakar Baiki Autogate Anda – Syarikat Autogate Berpengalaman
Memang banyak kes customer tak dapat cari original autogate installer mereka lebih-lebih lagi semasa ekonomi tak stabil ini. Jika ini berlaku kepada anda, cepat hubungi kami EE Automation, kami adalah reputable autogate company, syarikat autogate yang stabil sejak dari tahun 1996. Kami sentiasa membawa autogate spare parts seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate remote control, autogate remote receiver, bateri autogate, autogate arm, autogate limit switch, autogate capacitor dan banyak lagi mengikut pelbagai jenis dan jenama.
Kami pakar melakukan servis baiki autogate arm, repair autogate control board, baiki autogate remote control, baiki roda autogate, melakukan service welding bagi membaiki bracket autogate anda yang tercabut dan pelarasan yang diperlukan untuk mendapatkan semula autogate anda. Kami juga pakar dalam pemasangan autogate baru dengan salah satu model terbaik Tronica® Autogate.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





