
Kenapa Penting Pilih Arm Autogate Berkualiti?
09/12/2025
Autogate Bangi – Underground Autogate Terlalu Lama Dan Rosak Teruk
16/12/2025Kami Pasang Pasang Sliding Autogate Dan Tukar Roda Pagar Dalam Satu Masa
Sekiranya anda sedang cari sliding autogate motor yang betul-betul sesuai untuk pintu pagar kilang, pejabat atau warehouse, kami memang boleh bantu. Tronica® ada pilihan motor dari 1000kg sampai 6000kg, ikut berat dan panjang pintu pagar anda. Untuk kilang standard yang jenis single gate, kami biasa syorkan Tronica® 1500 Gate Opener atau Tronica® 2000 Sliding Autogate. Kalau industrial gate yang jenis double pula, kami akan gunakan Tronica® 3000 ke atas sebab lebih kuat dan tahan lasak. Untuk pintu pagar yang memang berat dan digunakan secara kerap, kami pakai AC Sliding Autogate Motor yang heavy duty. Kalau anda tak pasti motor mana paling sesuai, hubungi saja kami, kami akan tolong check dan cadangkan yang terbaik.
Kami juga specialist dalam tukar sliding autogate wheel untuk pintu pagar kilang yang besar dan berat. Ramai tak tahu, nak ganti wheel untuk sliding gate industrial memang perlukan tenaga kerja yang cukup sebab pintu pagar biasanya sangat berat, panjang dan perlukan teknik khas untuk angkat dan buka roda lama. Team EE Automation memang dah biasa buat kerja besar macam ni. Kami ada peralatan lengkap, pengalaman bertahun-tahun dan teknik yang betul supaya proses tukar roller berjalan lancar tanpa rosakkan gate. Setakat ini, semua kerja sliding auto gate roller replacement kami memang berjaya dan pelanggan pun puas hati.
Yang menariknya, banyak autogate company di Klang Valley hanya tahu pasal autogate motor sahaja, tapi bila masuk hal teknikal gate contohnya tukar swing gate bearing, ganti bottom wheels, adjust hinges, baiki roda autogate dan repair gate track, ramai yang tak boleh buat. Mereka tak ada pengalaman, peralatan, dan tak berani ambil risiko untuk gate industrial yang berat. Sebab itu ramai kilang cari kami, sebab hanya kami yang benar-benar boleh buat kerja-kerja industrial gate yang berat dan kompleks ni. Banyak syarikat lain tolak job macam ni, tapi bagi kami, ini memang kepakaran kami.

Sliding Auto Gate Roller Repair Putrajaya
Pasang Tronica®-1500 Sliding Autogate And Tukar Roda Autogate
Pada awalnya sebuah Pejabat terletak di Putrajaya ini memerlukan pemasangan sliding autogate motor baru untuk kali pertama dan juga memerlukan sliding auto gate bottom wheel replacement sebab apabila tolak pagar manual sangat berat dan memerlukan dua orang untuk tolak tarik pagar. Jadi sebelum pasang autogate motor, lebih pasang pastikan sliding gate bergerak lancar dengan menggantikan roda pagar sliding tersebut .Dari apa yang customer beritahu, dia ada hubungi auto gate contractor Putrajaya lain, tetapi mereka hanya boleh cuba install autogate sahaja, untuk tukar roda pagar mereka tak boleh buat. Customer perlukan mereka yang boleh betulkan kedua-duanya, jimat masa dan tenaga. Akhirnya hubungi EE Automation dan kami boleh lakukan kedua-duanya.
Kami berikan quotation untuk pasang Tronica®-1500 AC Sliding Autogate System dan replace 2 units sliding gate wheel. Apabila customer sudah setuju, kami terus datang, mulakan kerja dengan lakukan sliding auto gate roller replacement mengikut saiz roller yang customer gunakan. Selepas pasang gear rack pada pagar dan pasang sliding autogate motor Tronica®-2000.
Dengan Tronica-1500 AC Sliding Autogate System kami dan dengan sliding auto gate roller yang baru, bergerakan pagar bergerak dengan sangat lancar.

Sliding Autogate Motor Installation Putrajaya
Pakar Dalam Autogate Motor Dan Pintu Pagar
Masih tercari-cari reputable autogate company yang boleh menyelesaikan masalah gate dan autogate anda? Berhenti mencari dan hubungi kami, kami memberikan jenama autogate terbaik seperti Tronica® sliding autogate system. Kami juga boleh lakukan sliding auto gate wheels. Senang cerita, semua keperluaan autogate yang anda perlukan, kami boleh selesaikan dalam satu masa.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





