
Tronica® Autogate Sangat Sesuai Dengan Pintu Pagar Anda
24/11/2025
Tidak Dapat Cari Original Installer Sliding Autogate Motor Anda? Hubungi Kami
26/11/2025Masalah Gearbox Autogate Underground – Patut Baiki atau Tukar Baru?
Sistem autogate swing underground memang terkenal sebagai antara sistem yang paling tahan lama dan “senyap” ketika beroperasi. Ramai customer kami yang gunakan sistem ni bertahun-tahun tanpa banyak masalah ada yang lebih 10 tahun, malah ada juga yang cecah 20 tahun. Tapi macam mana pun, semua peralatan elektrik ada jangka hayatnya. Lama-kelamaan, struktur underground yang sentiasa terdedah pada tanah, air hujan dan kelembapan boleh menyebabkan air masuk ke dalam housing motor tanpa disedari. Bila dah lama, getah seal atau penutup pun mula keras dan tak kedap air seperti dulu.
Masalah air masuk ni memang biasa berlaku pada autogate jenis underground yang dah lama dipasang. Bila air berjaya masuk sedikit demi sedikit, ia boleh menyebabkan kerosakan pada dcmotor dan juga gearbox. Bahagian dalam komponen ni memang tak tahan air, jadi bila dah kena kelembapan atau banjir kecil masuk dalam base underground, motor jadi lemah, bunyi kasar, atau terus tak boleh bergerak. Lebih teruk kalau motor dan gearbox rosak serentak autogate boleh berhenti terus dan tak boleh buka atau tutup langsung. Dan satu perkara penting, bila air dah pernah masuk sekali, kebarangkalian ia akan berlaku lagi sangat tinggi sebab housing dah tak sealed macam dulu.
Sebab tu bila masalah ni berlaku, kami biasanya tak syorkan untuk baiki lagi autogate underground tersebut. Walaupun boleh dibaiki, tapi risiko ia rosak balik memang tinggi dan kos pun selalunya tak jauh beza dengan pasang sistem baru yang lebih tahan lama. Solusi yang lebih berbaloi adalah tukar ke sistem arm autogate moden seperti Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System atau Tronica®-929 Arm Autogate System. Kedua-dua model ni lebih mudah diselenggara, spare part senang cari, tak terdedah masalah air dan lebih tahan lama untuk penggunaan harian. Dengan upgrade ni, customer tak perlu risau lagi autogate tersekat waktu hujan atau motor tenggelam air.

Underground Autogate Services Seri Kembangan
UK Patern Underground Autogate Berusia Hampir 15 Tahun
Dari apa yang customer dari Seri Kembangan ini beritahu kami, dia menggunakan UK Patern underground autogate hampir 15 tahun dan ada masalah sebelah autogate not swing open fully, buka sedikit kemudian berhenti. Ada bunyi cracking daripada motor underground autogate semasa ia dibuka. Dari yang customer beritahu lagi, dia ada hubungi autogate installer lain, tapi mereka tiada underground autogate spare parts dan syorkan customer pasang autogate baru swing arm. Apabila customer hubungi kami, memang kami ada underground autogate spare parts untuk tukar underground autogate gearbox dan motor yang dimasuki air. Tapi kami beritahu awal-awal yang underground autogate spare parts mahal oleh kerana ianya sudah limited. Kami juga syorkan pasang autogate baru.
Dalam beberapa hari kemudian customer hubungi kami semula dan kali ini setuju untuk pemasangan autogate baru dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Walaupun ada syarikat autogate lain tetapi customer memilih kami kerana latar belakang kami yang sudah lama dalam industri autogate dan menyakinkan.

Underground Gearbix Autogate Seri Kembangan
Kami Sangat Syorkan Tronica® Arm Autogate System
Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Ini termasuk autogate control system, auto gate transformer, autogate remote control, bateri, dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia. Tronica® adalah sistem autogate berkualiti premium. Tronica® menawarkan jangka hayat yang lebih panjang berbanding jenama lain, dan kebolehpercayaannya tidak tertandingi.
Kami menawarkan perkhidmatan pemasangan autogate profesional untuk memastikan autogate baru anda berfungsi dengan sempurna dari awal. Kami memahami betapa pentingnya pemasangan autogate swing yang betul untuk prestasi optimum. Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.




