
Baiki G-Force Sliding Autogate – Motor Bergerak Sedikit Dan Reverse Balik
18/08/2025
Autogate Subang – Pengalaman Dengan Doormex Underground Autogate Lama
20/08/2025Servis Baiki Autogate Cepat Selangor & KL – Semua Spare Parts Sentiasa Ada
Hubungi EE Automation sekarang untuk selesaikan masalah autogate anda sekiranya original autogate installer tidak dapat membantu atau tak boleh datang . Jangan risau, EE Automation memang selalu dipanggil untuk kes macam ni, hampir setiap hari ada je customer call sebab autogate mereka tak boleh buka, tersangkut, atau langsung tak berfungsi. Di area Selangor dan KL, kami dah biasa selesaikan masalah autogate terutama model Dnor 712 dan 212 yang memang popular digunakan. Apa yang memudahkan kerja kami, semua spare parts untuk Dnor autogate memang ready stok, jadi bila kami datang, terus boleh baiki on the spot tanpa buang masa.
Selain Dnor, kami juga lengkap dengan pelbagai spare parts autogate yang selalu rosak dan perlu diganti. Contohnya arm autogate, control panel, transformer, remote control set, kotak autogate, capacitor, dan juga lock autogate. Bila ada semua ni dalam stok, kami tak perlu nak ulang datang dua tiga kali, semua boleh settle sekali jalan. Sebab tu penting kalau anda nak cari kontraktor autogate, pastikan mereka memang ada spare parts sedia kalau tak, nanti banyak masa terbuang tunggu barang sampai.
Kelebihan ada kontraktor macam kami, customer lebih lega sebab tahu bila kami datang, masalah autogate confirm boleh diselesaikan. Tak kira jenama apa, kami akan cuba cari jalan yang paling jimat untuk repair dulu, bukan terus suruh tukar set baru. Kalau betul-betul dah tak boleh selamatkan, barulah kami cadangkan untuk tukar autogate system yang baru. Jadi, kalau anda ada masalah autogate tak jalan, jangan biar lama-lama, cepat-cepat hubungi kami supaya pintu pagar anda kembali berfungsi macam biasa.

Repair Dnor Autogate Serdang
Dnor Autogate Tak Boleh Buka – Panel Rosak
Disebabkan dnor autogate customer di Seri Serdang ini tidak berfungsi dan original autogate installer pun tak datang-datang, customer terpaksa parking kereta luar rumah dan release arm autogate untuk buka pagar manual. Cerita customer ada masalah dnor autogate tak boleh buka sejak minggu lepas, mungkin sebab kena kilat. Tapi tunggu dnor autogate installer tak datang-datang, sekarang dah lama sangat, itu yang customer cari autogate repairer Serdang lain dan jiran syorkan autogate services kami.
Hari itu juga kami datang lakukan dnor autogate checking untuk mencari punca kerosakan dan sekejap sahaja sudah tahu yang dnor autogate motherboard dan dnor autogate transformer rosak terbakar. Dengan persetujuan customer, masa itu juga kami gantikan dnor autogate spare parts yang bermasalah. Sekarang customer boleh tutup autogate seperti biasa.

Baiki Autogate Tak Boleh Buka Serdang
Kami Akan Pastikan Autogate Kembali Berfungsi
Kebanyakan customer yang hubungi kami, mereka semua urgent untuk service repair autogate, mereka ingin masalah autogate diselesaikan terus dalam satu masa yang mana mereka tak perlu tunggu berhari-hari. Kami menawarkan penyelesaian baiki autogate untuk kawasan perumahan di Selangor dan Kuala Lumpur. Servis autgate kami termasuk baiki autogate swing, baiki autogate control panel, tukar autogate bateri, arm autogate replacement, pasang Tronica® Autogate, tukar roda autogate, baiki trek gate, service welding autogate dan banyak lagi.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





