
Autogate Rosak? Kami Sedia Bantu Walaupun Bukan Kami Pasang
24/06/2025
Pilihan Sliding Autogate Untuk Rumah Anda – Tronica® Autogate Motor
30/06/2025Comex Underground Autogate Lama Banyak Masalah – Gearbox Pun Rosak
Sekiranya underground autogate anda dah mula alami masalah besar seperti gearbox rosak, motherboard terbakar atau lock dah tak berfungsi, memang pening kepala dibuatnya. Kadang-kadang repair pun makan kos tinggi, tapi lepas repair belum tentu tahan lama. Sebab tu kami di EE Automation selalu nasihat – cuba bandingkan dulu kos baiki dengan kos pasang sistem baru. Kalau kos baiki dah hampir sama atau lebih mahal dari sistem baru, lebih baik pasang yang baru terus. Lagi jimat untuk jangka panjang dan kurang risiko masalah berulang.
Kalau anda setuju nak tukar sistem baru, kami cadangkan guna sistem swing arm autogate seperti Tronica® Arm Autogate System. Tronica® terkenal dengan ketahanan dan prestasi hebat. Ia termasuk dalam kategori heavy-duty, maksudnya sangat sesuai untuk rumah dengan penggunaan harian yang tinggi atau gate yang agak berat. Operasi dia sangat lancar dan senyap – memang puas hati bila guna. Selain itu, Tronica® juga mudah dijaga dan spare parts pun senang nak dapat kalau satu hari nanti perlukan servis.
Ramai customer kami yang dah tukar dari underground ke sistem Tronica® swing arm sangat berpuas hati. Pakej yang kami tawarkan termasuk pemasangan lengkap dengan dua arm stainless steel, control board, transformer, bateri backup dan remote control. Harga pun berpatutan jika dibandingkan dengan ketahanan dan servis lepas jualan yang kami sediakan. Jadi, kalau anda sedang fikir nak repair atau tukar sistem autogate, boleh bincang dengan kami dulu — kami bantu anda buat keputusan yang paling berbaloi!

Underground Autogate Replacement PJ
Lebih Baik Pasang Set Autogate Baru – Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System
Seperti customer dari USJ Subang Jaya ini yang baru sahaja beli rumah secondhand dan sudah ada autogate underground comex lama dan customer sendiri tidak pasti apa masalah underground autogate, remote autogate pun sudah tak ada. Memang kata customer condition underground autogate tersebut sudah teruk, dan boleh senang-senang tolak guna tangan. Dari pengalaman kami, mungkin gearbox underground autogate sudah rosak, parts dalam sudah loose, sebab itu boleh tolak macam itu sahaja. Oleh kerana itu, yang buat keputusan tepat dengan melakukan pemasangan Tronica® Arm Autogate System untuk digantikan dengan Comex underground swing autogate system.
Sebenarnya sudah dari minggu lepas customer sudah set appointment dan bayar deposit untk pasang Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Customer ingin cat semula pagar swing tersebut, dah selesai, kering semua. Baru hari ini kami datang lakukan pemasangan.

Swing Autogate Installation USJ
Penyelesaian Terbaik Untuk Autogate Underground Lama Anda
Anda juga masih guna underground autogate system di rumah? Kalau ya, dan dah mula ada masalah macam gate tak buka sepenuhnya, motor berbunyi pelik, atau lock tak berfungsi — jangan risau, EE Automation boleh bantu. Kami boleh datang buat pemeriksaan menyeluruh dan berikan anda penyelesaian paling sesuai, sama ada untuk repair atau upgrade. Kami masih ada spare parts untuk sistem underground lama, termasuk gearbox, motherboard dan motor. Tapi, kena faham juga, bila sistem tu dah terlalu lama, kadang-kadang baiki pun mungkin tak tahan lama — jadi penting untuk tahu bila masa terbaik untuk tukar sistem baru.
Setiap hari pun kami buat pemasangan Tronica® Arm Autogate System untuk rumah di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Tronica® ni antara pilihan terbaik untuk ganti underground system sebab lebih tahan, mudah jaga, dan spare part senang cari. Operasi pun lebih lancar dan senyap. Jadi kalau underground autogate anda mula buat hal, boleh je hubungi kami dulu untuk semak keadaan sistem. Kami akan bantu anda buat keputusan paling berbaloi – sama ada terus repair atau tukar ke sistem baru yang lebih tahan lama dan kurang masalah.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 , kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.




