
Kos Baiki Autogate Tinggi – Keputusan Pasang Autogate Baru Lebih Baik
22/01/2025
愿蛇年为你带来好运
22/01/2025Autogate PJ – Servis Baiki Arm Autogate Untuk Pelbagai Jenama
Dalam sehari, kami dapat menyelesaikan banyak masalah berkaitan arm autogate dengan cepat dan efisien, berkat adanya pasukan yang profesional serta dilengkapi dengan peralatan yang lengkap dan terkini. Kami juga mempunyai stok spare parts autogate untuk pelbagai model dan jenama, termasuk tronica autogate, kron autogate arm, FBM autogate arm, E8 autogate arm, stainless steel autogate arm, OAE 333A autogate arm, Dnor swing/folding autogate, dan Dnor heavy duty autogate system. Kepakaran kami dalam pemasangan dan servis pembaikan autogate menjamin proses yang lebih pantas dan berkesan, mengurangkan waktu henti autogate anda dan memastikan sistem berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan kepuasan customer dan keselesaan dalam penggunaan autogate setiap hari.
Kami juga menawarkan perkhidmatan pembaikan atau penggantian arm autogate untuk pelbagai jenama dan model autogate. Ini bermakna jika arm autogate anda rosak atau sudah usang, kami boleh memberikan penggantian dengan arm autogate yang baru dan berkualiti. Sekiranya spare parts asal sukar didapati di pasaran atau model arm autogate sudah lama, kami mempunyai alternatif yang boleh digunakan, seperti menggantikan sebelah arm autogate sahaja dengan design yang hampir sama. Kami tidak semestinya perlu menukar kedua-dua belah arm atau menggantikan keseluruhan set autogate jika tidak diperlukan. Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga memastikan autogate anda kembali berfungsi seperti biasa tanpa perlu penggantian keseluruhan sistem.

Swing Arm Autogate Spare Parts PJ
1 Unit Arm Autogate Diganti Dengan Tronica 929 Arm
Kami menerima panggilan daripada Petaling Jaya yang ada masalah satu unit swing arm autogate rosak. Customer sendiri sudah buka arm autogate tersbeut dan mendapati autogate arm dc motor tidak berfungsi. Jadi mencari dc motor autogate yang sama jadi dia boleh beli dan pasang sendiri tanpa modifeid apa-apa. Dari apa yang customer beritahu, dia sudah mencari autogate arm di area Petaling Jaya tapi tak dapat. Apabila customer hubungi kami, kami minta untuk hantar gambar terlebih dahulu, melihat gambar customer kami tidak autogate arm yang sama, kami sudah tanya pada kilang dan mereka tiada autogate spare parts untuk arm autogate tersebut.
Jadi kami tawarkan untuk gantikan untuk customer arm autogate rosak tetapi guna jenama autogate lain iaitu Tronica 929 Arm Autogate. Ukuran arm autogate customer dengan arm autogate yang kami syorkan tidak sama dan customer tidak boleh pasangnya sendiri kerana bracket perlu di adjust. Akhirnya customer setuju untuk kami datang ke rumahnya dan gantikan satu barang arm autogate yang rosak dengan tronica autogate arm.

Autogate Arm Rosak PJ
Spare Parts Autogate Sentiada Tersedia
Betul, hubungi sahaja EE Automation, kami dapat menyelesaikan semua masalah autogate anda. Kami akan terangkan dengan detail apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Kami ada semua auto gate spare parts. Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama.
Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti kron, fbm, oae, dnor 212 autogate, dnor 712 autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, cougar autogate ataupun millie’s autogate.
Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.





