
Autogate USJ – We Can Help Repair DCMoto GFM-925 Autogate
13/01/2025
Folding Auto Gate Keramat – Autogate Open Halfway
15/01/2025Autogate Shah Alam – Kenapa Lebih Baik Pasang Autogate Baru?
Memasang sistem autogate baru lebih baik berbanding membaiki sistem autogate lama yang sudah lebih dari 10 tahun kerana beberapa sebab penting. Pertama, motor dan komponen sistem autogate yang berusia lebih daripada 10 tahun kemungkinan besar sudah kehilangan kecekapan dan ketahanannya. Walaupun masih boleh membaikinya, komponen lain yang sudah haus atau rosak akan terus memberi masalah pada masa akan datang. Dalam jangka panjang, kos pembaikan yang berterusan boleh menjadi lebih mahal berbanding kos pemasangan autogate baru yang lebih moden dan efisien.
Sistem autogate underground lama juga akan berhenti berfungsi dan rosak pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada waktu yang kemuncak, contohnya pada waktu malam dan anda tak boleh buka autogate tersebut.
Jadi dengan autogate baru dapat memberi ketenangan fikiran kerana anda tahu bahawa jika berlaku sebarang masalah, anda boleh mendapatkan bantuan dan pembaikan dengan mudah. Jika anda terus membaiki sistem autogate lama yang sudah lebih dari 10 tahun, jaminan yang ada mungkin sudah tamat dan anda tidak lagi dapat akses kepada sokongan teknikal yang diperlukan. Oleh itu, menggantikan autogate lama dengan sistem baru bukan sahaja mengelakkan masalah berulang, tetapi juga meningkatkan keselamatan, kemudahan, dan ketenangan fikiran jangka panjang.

Comex Swing Autogate Services Shah Alam
Underground Autogate Lama Berterusan Rosak
Lagi sekali kami datang ke rumah customer ini di Shah Alam dimana customer pengguna Comex Underground Swing Autogate System, sebelum ini kami pernah tukar underground auto gate mini dc motor sebelah kanan, tak lama pun, dalam bulan lepas. Kali ini customer hubungi kami semula dimana underground autogate dua-dua belah tak boleh buka dan ini terjadi pada waktu malam Kami datang lakukan pemeriksaan dan ada dua underground autogate parts yang rosak, iaitu underground autogate control panel dan underground autogate gearbox sebelah kiri. Kali pertama customer hubungi kami lagi, kami sudah syorkan pasang autogate baru dan sudah terangkan pada customer tetapi customer memilih untuk baiki underground autogate tersebut terlebih dahulu. Sekarang apa bila rosak lagi, barulah minta kami pasang autogate baru.
Pemasangan autogate baru menggunakan KRON 929 Swing Arm Autogate System. Masa itu juga kami boleh lakukan kerana semua autogate spare parts termasuk KRON autogate set baru kami bawa bersama. Sekarang customer boleh gunakan swing autogate KRON dengan sangat lancar.

Swing Autogate Installation Shah Alam
Ramai Yang Sudah Tidak Menggunakan Underground Autogate System
Memang kami akan recommend pasang autogate baru kalau ada masalah dengan underground autogate yang dah belasan tahun mereka guna. Underground swing auto gate system ni kan sistem lama, ramai yang tidak menggunakannya lagi dimana telah menggantikan kepada sistem autogate bary KRON Autogate, underground auto gate spare parts juga limited itu yang underground auto gate repair cost agak tinggi. Kami cakap berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini. Semua keputusan pada anda, jika ada rasa berbaloi untuk baiki boleh teruskan baiki atau tukar kepada sistem autogate baru KRON 929 Arm Autogate System.
EE Automation menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk memasang autogate baru anda dengan betul bagi prestasi yang optimum, semuanya pada harga autogate murah yang munasabah. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp juga, kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat.




